[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 8 May 2024, 12:47 AM (Terakhir dikemaskini pada: 7th May 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan Unit Toksikologi dan Farmakologi

. Terakhir dikemaskini: 29 Jun 2022Jumlah paparan: 6530

Selamat Datang ke Unit Toksikologi dan Farmakologi!

Toksisiti perubatan herba adalah merupakan kebimbangan utama disebabkan oleh penggunaan herba yang meluas, ketersediaan dan kebolehdapatan yang mudah. Walaupun memiliki sejarah penggunaan yang panjang dengan persepsi "semula jadi adalah selamat" namun maklumat mengenai kemungkinan kesan buruk perubatan herba terhadap manusia termasuk data toksikofarmakologi, toksikokinetik dan ketoksikan masih terhad. Dengan mempertimbangkan keselamatan sebagai fokus utama, Unit Toksikologi dan Farmakologi ditubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan dan mewujudkan satu siri kajian penilaian keselamatan pra-klinikal yang berkualiti tinggi untuk menyokong penggunaan tumbuhan ubatan serta produk herba dan botani. Unit ini menjalankan kajian kajian toksisiti (in vitro dan in vivo) ke atas tumbuhan ubatan terpilih atau ekstrak herba, mengikut garis panduan antarabangsa seperti International Council for Harmonisation of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH) dan Organisation for Economic Co-operation (OECD). Fokus adalah:

  • Kajian Ketoksikan Umum menggunakan tikus: ketoksikan dos tunggal (ketoksikan akut), ketoksikan dos berulang (ketoksikan sub-akut/sub-kronik), histopatologi, hemetologi dan ujian biokimia.
  • Ujian ketoksikansito in vitro.
  • Kajian ketoksikan sistem reproduktif jantan dan betina serta perkembangan pranatal.
  • Ketoksikan genetik (Genotoksisiti), ujian Ames, asai COMET, in vitro dan in vivo asai mikronukleus.
  • Kajian ketoksikan khusus ke atas organ haiwan (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) dan sistem-sistem organ (sistem imun, sistem neurologi dan lain-lain) dengan menggunakan tikus dan zebrafish.

Data yang dikumpulkan daripada kajian ketoksikan pra-klinikal memberikan input yang berharga terhadap pemahaman tentang kesan toksik herba dan tumbuhan ubatan terhadap organ sasaran, pergantungan dos, hubungan dengan pendedahan dan potensi kebolehbalikan. Data pra-klinikal ini juga memberikan asas kepada penganggaran dos permulaan yang selamat untuk ujian klinikal.

Selain penyelidikan, unit ini juga memainkan peranan penting di dalam menyediakan perkhidmatan diagnostik berkaitan keselamatan dan toksikologi kepada semua hospital kerajaan terutama sekali ujian tahap kuprum dan plumbum menggunakan sampel biologi manusia.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami