[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 8 May 2024, 12:13 AM (Terakhir dikemaskini pada: 7th May 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Objektif Unit Informasi Kesihatan Integratif

. Terakhir dikemaskini: 30 Jun 2022Jumlah paparan: 4725

  1. Menjalankan penyelidikan perubatan herba dan Perubatan Tradisional dan Komplementari (P&TK) menerusi kaedah pencarian dan penggunaan data sekunder yang berasaskan bukti melalui untuk menghasilkan rumusan yang padat (contohnya ulasan pantas, ulasan tinjauan (scoping review) dan ulasan sistematik) yang berguna kepada profesional bidang kesihatan dan masyarakat umum.
  2. Mengumpulkan maklumat tradisional dan saintifik mengenai perubatan herba dan kaedah PT&K untuk menghasilkan bahan rujukan utama seperti kompendium serta penerbitan etnobotani dan etnofarmakologi.
  3. Menjalankan kajian farmakognitif bagi penghasilan farmakopia dan monograf dengan tujuan meningkatkan bidang perubatan herba di Malaysia sebagai usaha membina industri ini menjadi salah satu bidang ekonomi utama negara.
  4. Menghasilkan koleksi spesimen baucar yang sesuai dijadikan sebagai bahan rekod dan bahan rujukan untuk pengesahan spesies tumbuh-tumbuhan herba yang dikaji.
  5. Menjalankan kajian bioinformatik berkenaan herba yang memiliki potensi ubatan melalui kaedah in silico, pemodelan matematik dan sebagainya untuk menganalisis dan meramalkan bioaktiviti dan kesesuaian fitokonstituen untuk kajian lanjutan, kesan farmakokinetik dan farmakodinamik serta kesan herba/produk terhadap penyakit.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami