[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 8 May 2024, 10:15 AM (Terakhir dikemaskini pada: 7th May 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Informasi Kesihatan Integratif

. Terakhir dikemaskini: 28 Jun 2022Jumlah paparan: 12877

1. Penerbitan Informasi Berasaskan Bukti


1.1 Maklum balas pantas (rapid review)

  1. Unit ini sering menerima banyak pertanyaan daripada pihak pengurusan tertinggi KKM dan kementerian lain, masyarakat dan industri mengenai potensi penggunaan dan penyelidikan pelbagai tumbuhan herba, ubatan tradisional, produk berasaskan herba, makanan tambahan, terapi komplementari dan alat perubatan untuk pelbagai penyakit. Memandangkan pertanyaan-pertanyaan ini memerlukan maklum balas yang segera, ulasan literatur sistematik yang pantas dijalankan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan intervensi yang berkenaan. Hasil kajian literatur ini termasuk ulasan lengkap, ulasan pantas, laporan teknikal, infografik atau penerbitan yang akan digunakan untuk membuat keputusan, pernyataan siaran akhbar dan perubahan dasar di peringkat pengurusan tertinggi. Unit ini juga terlibat di dalam perbincangan susulan berkaitan topik-topik tersebut bersama pelbagai pihak pemegang taruh.

1.2 Buku

  1. Compendium of Medicinal Plants Used in Malaysia: Buku ini mengandungi maklumat mengenai 2,002 tumbuhan ubatan yang digunakan di Malaysia termasuk 500 gambar berwarna.
  2. Malaysian Herbal Monograph 2015: Buku ini menggabungkan monograf Jilid 1, 2, 3 dan monograf herba yang dibangunkan di bawah Entry Point Project 1 (EPP1): High value herbal products in the economic development agenda.
  3. Buku mewah (coffee table book) ‘Peralatan Perubatan Tradisional Melayu’: Buku mewah ini diterbitkan pada tahun 2016. Ia mengandungi gambar dan ilustrasi peralatan dan radas yang digunakan di dalam amalan perubatan tradisional Melayu untuk penyediaan salap dan ubat tradisional seperti ubat periuk dan ramuan herba. Peralatan yang dikongsi di dalam buku ini juga digunakan di dalam perawatan, penyediaan dan cara pengambilan ubat, bekas penyimpanan ubatan serta produk ubatan. Semua maklumat dalam buku ini direkodkan semasa sesi temu bual dengan pengamal perubatan tradisional Melayu yang dipilih daripada peserta projek kajian “Pendokumentasian Komprehensif Pengetahuan Tradisional Melayu mengenai Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia”. Projek ini diketuai oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), membabitkan kerjasama dengan Herbwalk Consultancy, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan ahli filologi Allahyarham Dr. Harun Mat Piah. Buku ini mengandungi gambar, gambaran grafik dan penerangan ringkas mengenai amalan dan alat-alat berkaitan yang digunakan di dalam amalan mereka.
 BooksEdit
 

2. Global Information Hub on Integrated Medicine (GlobinMed)

GlobinMed merupakan projek portal sesawang yang dibangunkan susulan daripada keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Menteri Kesihatan Komanwel ke-12 yang menyarankan agar maklumat mengenai perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang berselerakan di seluruh pelusuk negara-negara Komanwel ini harus dikumpul, dinilai dan dipusatkan untuk capaian mudah. Sejak dilancarkan pada tahun 2007, laman sesawang ini telah mempertingkatkan antaramukanya sebanyak tiga kali dengan antara muka terkini baru sahaja dilancarkan pada tahun 2021.

Sejak permulaan lagi, Unit ini memainkan peranan di dalam pembangunan GlobinMed dengan visi untuk menjadi penyalur maklumat berasaskan bukti yang terkini serta sahih mengenai PT&K ke arah pembentukan Perubatan Bersepadu. Pangkalan data ini dibangunkan untuk mengumpul, menilai dan memusatkan maklumat PT&K yang berselerakan melalui perkongsian pintar, kemajuan teknologi dan individu yang kompeten.

Pasukan GlobinMed bermula dengan kerjasama erat bersama penulis dan penyedia isi kandungan, rakan kongsi dan kolaborator untuk membangunkan sejumlah 12 skop yang berkaitan dengan PT&K bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran yang berbeza seperti pengusaha tanaman, pemilik perniagaan, penyelidik, pelajar dan masyarakat umum. Skop bidang yang diliputi oleh GlobinMed ialah botani (Conservation, Medicinal Herbs & Plants Database), penyelidikan dan penerbitan (IMEvidence, Research & Publication), kesihatan (Health Conditions, Safety), perniagaan (Trade & Business; Policy, Law and IPR), Pengetahuan Tradisional (Traditional Knowledge), Latihan dan Pendidikan (Training & Education), PT&K (Traditional & Complementary Medicine) dan Perubatan Tradisional ASEAN (ASEAN TM).

GlobinMed sentiasa meletakkan keutamaan ke atas perkongsian maklumat yang berasaskan bukti dan protokol internet (IP) kandungan laman sesawang dilindungi dengan ketat. Artikel baharu dan terkini sentiasa dihasilkan secara dalaman oleh Unit ini sejak tahun 2011 memandangkan kakitangan Unit ini telah membina kepakaran berkaitan penyelidikan literatur.

GlobinMed

 

 

 

 

 

 

3. Monograf Herba Malaysia (MHM)

Antara kegiatan teras yang lain bagi Unit ini adalah peranannya sebagai Sekretariat MHM, beberapa pegawai berperanan sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Induk bagi pembangunan monograf herba untuk spesies tumbuhan ubatan terpilih untuk Monograf Herba Malaysia (MHM). Keperluan kepada pembangunan monograf ini mematuhi kehendak umum antarabangsa bagi menyokong keperluan industri dalam pengesahan (authentication) bahan mentah bagi penyediaan produk herba bernilai tinggi.

Jawatankuasa Monograf Herba Malaysia terdiri daripada tujuh agensi iaitu IMR, Bahagian Regulasi Farmasi Negara (NPRA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajun Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

MHM

 

 

4. Koleksi Spesimen Baucar

Spesimen baucar adalah sampel tumbuhan terpilih yang dikeringkan, ditekan dan dilekatkan pada kertas “mounting”, disertakan dengan maklumat pengumpulan sebagai rujukan di masa hadapan sebagai dokumen sokongan bagi penyelidikan yang dijalankan. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti spesies tanaman tertentu yang digunakan di dalam sesebuah kajian. Aktiviti ini membabitkan pendokumentasian maklumat tumbuhan ubatan yang merupakan aktiviti berterusan serta melibatkan setiap pegawai di HMRC. Bekalan, peralatan dan panduan membuat spesimen baucar juga ditawarkan kepada para penyelidik yang ingin menyediakan spesimen baucar untuk koleksi IMR.

Voucher Specimen

 

5. Pengetahuan Tradisional

Unit ini juga memberi tumpuan kepada pendokumentasian dan penyusunan maklumat tentang amalan perubatan tradisional di Malaysia. Tujuan utama aktiviti ini bagi memelihara dan memulihara maklumat amalan pengetahuan tradisional di dalam bentuk yang teratur dan mudah dicapai. Kegiatan utama di dalam usaha ini adalah untuk mengenal pasti dan mendokumentasi ilmu pengetahuan perubatan tradisional di samping mewujudkan koleksi artifak yang berkaitan.

Unit ini merupakan rakan kolaborasi di dalam projek “Pendokumentasian Komprehensif Pengetahuan Tradisional Melayu mengenai Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia” 2013 - 2015 yang diterajui oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dibiayai oleh Kementerian Pertanian. Unit ini telah menghasilkan sebuah galeri pameran kekal bagi mengetengahkan alat-alat yang telah dikumpulkan melalui projek ini di Muzium Bioperubatan IMR di IMR Jalan Pahang sebagai salah satu hasil projek ini. Unit ini juga merancang untuk mengendalikan kajian ke atas lebih banyak bidang perubatan tradisional yang diamalkan di negara ini untuk memperkayakan pendokumentasian pengetahuan serta meningkatkan pengumpulan alatan yang digunakan di dalam amalan perubatan ini. Pameran hasil pengumpulan dan penerbitan maklumat tentang pengetahuan tradisional akan memberi manfaat kepada komuniti penyelidikan bagi menggalakkan perlaksanaan lebih banyak kajian untuk membuktikan dan mengesahkan keselamatan dan keberkesanan amalan perubatan tradisional. Maka,dengan itu, pengetahuan ini dapat disebarkan kepada orang ramai dan mencetuskan minat untuk melestarikannya.

Traditional Knowledge

 

 

6. Perubatan Bersepadu berasaskan bukti (IMEvidence)

Setiap tahun semenjak 2013, Unit ini telah menjalankan bengkel Perubatan Bersepadu Berasaskan Bukti (Evidence-based Integrated Medicine - IMEvidence) untuk memberi pendedahan dan panduan kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyediakan kertas ulasan yang berkualiti (berfokus kepada perubatan herba dan PT&K) untuk penerbitan di dalam jurnal atau skop IMEvidence di laman web GlobinMed.

7. Rancangan masa depan/berterusan

7.1 Farmakopia Herba Malaysia

7.2 Kajian bioinformatik mengenai ramuan herba berpotensi melalui kaedah in siliko, pemodelan matematik, dan kaedah analisis yang lain.

 

 

 

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami