[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 7 May 2024, 08:07 PM (Terakhir dikemaskini pada: 7th May 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Bioassai

. Terakhir dikemaskini: 29 Jun 2022Jumlah paparan: 4767

Kegiatan penyelidikan yang dijalankan oleh Unit Bioasai tertumpu kepada penentuan keberkesanan dan mekanisme tindakan ekstrak, sebatian dan formulasi produk tumbuhan herba melalui prosedur in vitro dan/atau in vivo.

1. Kajian anti-jangkitan

  • Saringan aktiviti anti-virus terhadap virus denggi dan SARS-CoV-2 menggunakan ujian asai berasaskan kesan sitopatik dan/atau ujian pengesanan plak.
  • Penilaian keberkesanan tumbuhan ubatan untuk aktiviti anti-denggi menggunakan model tikus denggi AG129.
  • Saringan kerentanan anti-bakteria tumbuhan ubatan menggunakan ujian mikropencairan (gram negatif dan positif).
  • Penilaian keberkesanan pra-klinikal tumbuhan perubatan untuk aktiviti anti-malaria menggunakan tikus sebagai model.
Hana Plague Assay    PicBioassay

 Pengesahan anti-denggi menggunakan
ujian asai pengesanan plak secara in vitro

 

Pegawai Unit Bioasai melakukan ujian
anti-SARS-CoV-2 secara in vitro di fasiliti BSL-3

AG129 mice    MIC AssayEdit

Tetikus AG129 - ketiadaan isyarat reseptor
interferon alpha/beta dan gamma
dimanfaatkan untuk kajian
keberkesanan anti-denggi secara in vivo.

 

Pegawai Unit Bioasai melakukan ujian
kuantitatif aktiviti anti-bakteria
 
 

 

2. Aktiviti imunomodulatori

  • Mengenalpasti agen modulasi imun untuk aktiviti anti-radang melalui ujian berasaskan sel seperti ujian asai nitrit oksida, saringan sitokin, pengekspresan gen dan protein; dan ujian perencatan toll-like receptor (TLR).
  • Penilaian in vivo mengenai kesan modulasi imun tumbuhan ubatan terhadap penyakit yang berkaitan dengan keradangan seperti penyakit Alzheimer, demam denggi dan penyembuhan luka menggunakan model haiwan yang sesuai.

3. Kajian anti-penuaan

  • Menjalankan penyelidikan berkaitan anti-penuaan yang merangkumi aktiviti anti-proliferasi, anti-senesen dan sinolitik.
  • Saringan tumbuhan ubatan untuk kesan anti-proliferasi secara in vitro melalui penggunaan sel yang bersesuaian dan menjalankan penilaian keberkesanan dengan menggunakan model haiwan.

4. Kajian bioketersediaan

  • Penetapan parameter farmakokinetik secara in vitro dan in vivo termasuk kadar penyerapan, penyebaran, metabolisme dan pelupusan (ADME) produk tumbuhan herba.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami