[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 27 Apr 2024, 02:24 AM (Terakhir dikemaskini pada: 22nd Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC)

. Terakhir dikemaskini: 28 Jun 2022Jumlah paparan: 11005

Pernahkah anda terfikir, ubat dan produk herba yang anda amalkan selama ini benar-benar membantu meningkatkan kesihatan anda atau adakah ia benar-benar selamat? Adakah herba mentah/tulen lebih baik daripada produk herba atau sebaliknya? Anda yakin bahawa produk herba yang digunakan itu berkualiti? Mungkin sudah tiba masanya kita bertanya kepada diri kita sendiri persoalan penting iaitu "Apakah ilmu sains di sebalik ramuan ini dan bukti saintifik mengenai produk dan ubat-ubatan herba?", persoalan yang sama kami cuba uraikan di Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC), sejak dua dekad yang lalu.

HMRC ditubuhkan pada tahun 2001 untuk menyediakan bukti saintifik berkaitan keselamatan dan keberkesanan produk herba. Dari tahun ke tahun, kerja penyelidikan di HMRC telah berkembang mengikut laluan penemuan ubat herba. Matlamat jangka panjang Pusat kami adalah untuk membuat penemuan dan membangunkan perubatan herba dengan jayanya melalui perancangan strategik, perlaksanaan dan kolaborasi bersama dengan pihak-pihak yang berkenaan. HMRC juga menyokong ekosistem penyelidikan herba kebangsaan dengan memberikan khidmat perundingan dan nasihat kepada pihak pemegang taruh (stakeholders) sebagai pakar bidang dan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan penyelidikan herba.

Pada masa ini, aktiviti penyelidikan yang sedang dijalankan di pusat kami meliputi:

  1. Sintesis ulasan pantas (rapid review) dan ulasan sistematik (systematic review) yang terperinci mengenai pelbagai topik berkaitan terapi herba dan terapi perubatan tradisional dan komplementari;
  2. Analisis fitokimia dan pengenalpastian struktur untuk menentukan unsur molekul bioaktif serta pemiawaian produk herba;
  3. Penilaian keberkesanan ekstrak herba dan fitokonstituen di peringkat pra-klinikal menggunakan kultur sel dan tisu (in vitro) diikuti dengan eksperimen ke atas haiwan (in vivo);
  4. Penilaian keselamatan produk herba dalam pelbagai sistem in vitro dan juga in vivo; dan menjalankan kajian ketoksikan am in vivo yang mematuhi Amalan Makmal yang Baik (Good Laboratory Practice (GLP)) di makmal yang mendapat perakuan sebagai makmal GLP.


Jenis penyakit yang menjadi tumpuan utama kami kini adalah agen anti-mikrob, kemopreventif barah, penyakit tropika yang terabai, dan penyakit tidak berjangkit.

HMRC terdiri daripada lima unit yang memainkan peranan penting masing-masing secara khusus namun saling melengkapi mengikut laluan penemuan ubat herba. Unit-unit tersebut ialah:

  1. Unit Informasi Kesihatan Interatif
  2. Unit Fitokimia
  3. Unit Bioasai
  4. Unit Toksikologi & Farmakologi
  5. Seksyen Good Laboratory Practice (GLP)

Terkini, HMRC juga sedang mengembangkan keupayaannya di dalam bidang kajian klinikal dengan melibatkan diri secara aktif di dalam merancang dan menjalankan kajian klinikal berkaitan herba secara kolaborasi bersama institut dan agensi lain.

 

PicIntro hmrc 
 Rajah 1: Unit-unit di HMRC dibentuk untuk menyediakan maklumat berdasarkan bukti mengikut laluan penemuan ubat herba.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami