[ English | Bahasa Malaysia ] Today is 27th Apr 2024, 03:16 PM (Last updated: 22nd Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

IMRCC CULTURE COLLECTION

. Last Updated: 01 February 2022Hits: 7969

KOLEKSI KULTUR IMRCC/ IMRCC CULTURE COLLECTION

PENGENALAN 

Koleksi Kultur IMRCC atau juga dikenali sebagai IMR Culture Collection telah dibangunkan sejak tahun 1979. Objektif utama penubuhan koleksi ini adalah untuk menyelenggara serta menguruskan isolate bakteria yang dipencilkan oleh para penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan. Sejak penubuhan sehingga kini, IMRCC mempunyai lebih 5000 isolate bakteria dibawah penyimpanan kami. Koleksi ini adalah koleksi bakteria yang terbesar di Malaysia dan IMRCC  beraspirasi untuk menjadi pusat penyimpanan dan penyelengaraan mikroorganisma yang cemerlang di Malaysia. Makmal koleksi IMRCC dilengkapi dengan peralatan bagi menjalankan pelbagai aktiviti penyimpanan kultur seperti lyophilizer (mesin pengering beku) , ultra low temperature freezers, nitrogen tank, biological safety cabinet, microscope, dan sebagainya.

  • OBJEKTIF
    Menjalankan aktiviti penyimpanan dan penyelenggaraan koleksi kultur mikrob bagi para penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan.
  • Menyediakan kultur mikrob untuk aktiviti penyelidikan serta diagnostik di Institut Penyelidikan Perubatan.
  • Memastikan semua bakteria dibawah simpanan IMRCC berkualiti dengan “passage” kurang dari 5.
  • Menawarkan serta mengelolakan aktiviti kompentensi National Quality Assurance Program (modul Bakteriologi) bagi makmal kajikuman di Malaysia.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
 
1.  LYOPHILIZATION/ FREEZE DRYING (PENYIMPANAN JANGKA LAMA)


Fokus utama IMRCC ialah perkhidmatan pengeringan sejuk beku (lyophilization) bagi penyimpanan kultur untuk jangka masa yang lama. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada penyelidik yang mahu menyimpan  isolate bakteria yang digunakan untuk kajian. IMRCC bukan sahaja melalukan proses pengeringan sejuk beku malah akan memantau kualiti hasil proses ini dengan menjalankan ujian viabiliti. Ujian viability dijalankan untuk memastikan kualiti dan viabiliti bakteria baik  untuk jangkamasa yang lama (>10 tahun). Maklumat bakteria yang disimpan ini, adalah lengkap dan maklumat ini hanya boleh diakses oleh pegawai bertanggungjawab sahaja. Sebarang penyebaran atau pembekalan bakteria mesti melalui kebenaran Ketua Jabatan.

2. STOK KULTUR

IMRCC juga menawarkan perkhidmatan penyimpanan kultur bakteria dengan teknik stok kultur. Berbanding dengan proses lyophilization, penyimpanan stok kultur merupakan teknik dimana bakteria disimpankan dalam satu tiub yang mengandungi Tryptic Soy Broth +15% v/v gliserol. Stok kultur ini akan disimpan di Ultra Low freezers dimana suhu mencapai -80○C. Semua maklumat kultur yang disimpan dengan teknik ini juga lengkap dan hanya boleh diakses oleh pegawai bertanggungjawab. Sebarang penyebaran atau pembekalan bakteria mesti melalui kebenaran Ketua Jabatan.


3. PENJUALAN BAKTERIA /PEMBEKALAN BAKTERIA

Pada masa ini, IMRCC tidak menjalankan apa-apa urusniaga seperti penjualan/pembekalan bakteria kepada mana-mana pihak. Bagi individu/ penyelidika yang mahukan kultur dari koleksi kami, perlu berkolaborasi dengan mana-mana penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan atau mendapat kebenaran Ketua Jabatan.


6. KONSULTANSI/LATIHAN

IMRCC juga berperanan sebagai pusat rujukan bagi teknik teknik penyimpanan kultur bakteria. Kami menawatkan konsultansi serta Latihan sangkutan kepada pegawai yang berminat untuk menjalankan Latihan ini. IMRCC juga mengadakan kursus pengendalian Stok Kultur setiap 2 tahun sekali bagi.

7. NATIONAL QUALITY ASSURANCE PROGRAM  (NQAP)

IMRCC juga bertanggungjawab menjalankan program NQAP bagi modul Bakteriologi bagi makmal-makmal kajikuman yang memerlukan skim kompetensi dibawah skop ISO15189. Program ini dijalankan sebanyak 2 kali setahun, dengan 4 bakteria yang perlu dipencil dan ditentukan identifikasinya serta kerintangan antimikrobial. Setakat ini, sebanyak 73 hospital kerajaan serta swasta mengambil bahagian dalam program NQAP.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi

 

Makmal IMRCC

03-33628039

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notice

 

This site is best viewed on Firefox (24.0) with resolution higher than 1280 x 768 pixels.

Our Location

world

Located at Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Click on the map image to launch Google Maps service.

Get in touch with us