[ English | Bahasa Malaysia ] Today is 14th May 2024, 09:28 AM (Last updated: 7th May 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Publication Details
Year :

2011

Journal :

Nor Rizan K, Abdul Manaf A, Sabariah AR, Siti Aishah MA, Noorjahan Banu MA and Zubaidah Z (2011). Sybr green real-time PCR is a useful method in screeining for high risk human papilloma virus types 16 and 18 in neoplastic cervical cancer. Medicine and Health 6(1): 59-67

Abstract :

Virus papiloma manusia (HPV) memainkan peranan penting dalam patogenesis kanser servik. Di seluruh dunia, HPV telah dikesan dalam 99.7% kanser servik. Tujuan utama kajian ini ialah untuk membangunkan kaedah SyBrGreen Real-Time PCR (Tindakbalas Berantai Polymerase-Masa Sebenar SyBrGreen) dan seterusnya menggunakan kaedah ini untuk mengenalpasti jangkitan pelbagai bagi dua jenis subtip HPV risiko tinggi. Lima puluh tujuh sam pel positif dari ujian TS-PCR (Tindakbalas Berantai Polymerase-Jenis Spesifik) diuji untuk mengesan prevalen genotip HPV risiko tinggi, HPV 16 dan HPV 18. Oleh kerana wujudnya jangkitan pelbagai, keputusan menunjukkan terdapat 67 genom HPV di dalam 57 sam pel positif yang dikaji. Genom HPV 16 telah dikesan pada 55/67 (82%) kes, genom HPV 18 pada 8/67 (12%) kes dan 4 kes adalah jangkitan pelbagai. HPV 16 adalah lebih prevalen, diikuti oleh HPV 18. Keputusan menunjukkan graf pencairan DNA bagi HPV 16 adalah pada suhu puncak 80.4DC dan nilai Ct (Cycle threshold) bagi produk spesifik HPV 16 adalah pada pusingan ke 20. Manakala graf pencairan DNA bagi HPV 18 adalah pada suhu puncak 79.4DC dan nilai Ct bagi produk spesifik HPV 18 adalah pada pusingan ke 22. Sebagai kesimpulan, kaedah Tindakbalas Berantai Polimerase-Masa Sebenar SyBrGreen mempunyai potensi klinikal dalam penyaringan awal, pengesanan dan pengenalpastian jangkitan oleh pelbagai-jenis HPV bagi peringkat-peringkat yang berbeza dalam pesakit-pesakit kanser servik.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notice

 

This site is best viewed on Firefox (24.0) with resolution higher than 1280 x 768 pixels.

Our Location

world

Located at Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Click on the map image to launch Google Maps service.

Get in touch with us