[ English | Bahasa Malaysia ] Today is 14th May 2024, 04:56 PM (Last updated: 7th May 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Publication Details
Year :

2011

Journal :

Lim KH, Sumarni MG, Kee CC, Amal NM and Norhamimah A (2011). Susceptibility to smoking as a predictor of smoking initiation among adolescents - a longitudinal study in Kota Tinggi District, Malaysia. Medicine and Health 6(1): 49-58

Abstract :

Kerentanan terhadap merokok yang ditakrifkan sebagai kekurangan komitmen kognitif untuk tidak merokok di masa depan, telah terbukti sebagai pembolehubah peramal bagi permulaan amalan merokok di kalangan remaja di negara-negara maju. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai kegunaan kerentanan terhadap merokok sebagai pembolehubah peramal bagi permulaan amalan merokok di kalangan remaja di daerah Kota Tinggi, Johor Malaysia. Kerentanan terhadap merokok dinilai dengan menggunakan dua item di kalangan 1763 remaja yang tidak merokok pada 2008. Seramai 1288 dari 1763 remaja (73.1 %) yang menyertai kajian memberikan maklumbalas dalam kajian susulan dua belas bulan kemudian. Keputusan kajian menunjukkan 14.9% (n=188/1260) responden adalah rentan terhadap merokok, 31.9% daripadanya mula merokok selepas tempoh setahun. Responden yang rentan terhadap merokok adalah 3.7 kali (95%; SK: 2.17-6.30) lebih bermungkinan untuk mula merokok berbanding dengan responden yang tidak rentan terhadap merokok, selepas kesan pemboleh ubah jantina, lokasi sekolah, peratusan rakan-rakan yang merokok, bapa merokok, penerimaan ibubapa terhadap amalan merokok, dan kepercayaan tentang kesan posit if dan negatif merokok dikawal. Kajian ini menunjukkan kerentanan terhadap merokok merupakan pembolehubah peramal yang boleh dipercayai dan boleh digunakan sebagai alat saringan untuk mengenalpasti remaja yang berisiko untuk mula merokok.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notice

 

This site is best viewed on Firefox (24.0) with resolution higher than 1280 x 768 pixels.

Our Location

world

Located at Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Click on the map image to launch Google Maps service.

Get in touch with us