[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 28 Apr 2024, 09:49 AM (Terakhir dikemaskini pada: 22nd Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Patalogi Molekul

. Terakhir dikemaskini: 25 Februari 2014Jumlah paparan: 5494

Penyelidikan

Penyelidikan kami tertumpu pada kajian penyelidikan kanser nasofarink

Penyelidikan Asas Sel Stem Kanser

Rawatan untuk menangani kes kanser berulang dan kes rintang terhadap rawatan sedia ada kekal sebagai satu masalah utama di Malaysia dan di seluruh dunia. Bidang kajian utama tertumpu pada pengasingan dan pencirian sel stem kanser/ sel yang memulakan kanser dalam kanser nasofarink yang lebih dikenali sebagai "Cancer Stem Cells (CSCs). CSCs diramalkan memainkan peranan yang kritikal dalam kes kanser berulang. Kumpulan kami telah berjaya mengasingkan sel putatif CSC daripada sel yang dipropagasikan dalam makmal yang berasal daripada sel kanser nasofarink pesakit. Kajian lanjutan sedang dijalankan untuk mengasingkan dan mencirikan sel putatif daripada sel-sel lain, untuk mengenalpasti dan mengesahkan penanda baru bagi CSC dan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tapak jalan biologi penting untuk CSC.

Projek translasi untuk pembangunan penanda biologi baru untuk kanser

Majoriti pesakit NPC (63-75%) didiagnosis menghidap NPC pada peringkat lewat (peringkat III/IV). Gejala-gejala seperti hidung selalu berdarah, hidung tersumbat, telinga berdengung yang sering berlaku pada peringkat awal kanser, mungkin kelihatan remeh dan tidak dipedulikan oleh pesakit tersebut, malah, oleh ahli profesional. Simptom yang paling sering terjadi kepada pesakit kanser nasofarink adalah bengkak pada leher, yang merupakan satu petanda bahawa kanser tersebut telah merebak. Oleh sebab itu, pengesanan awal NPC adalah sangat penting. Penanda biologi sedia ada untuk NPC mempunyai batasan dari segi kepekaan dan/atau kespesifikan. Oleh kerana itu, kumpulan kami giat menjalankan kajian untuk menghasilkan penanda baru untuk diagnosis NPC.

Program Pembangunan Terapeutik Kanser

Matlamat kami ialah untuk membangunkan agen terapeutik baru untuk kanser nasofarinks dan juga kanser lain. Tumpuan kami adalah agen-agen yang akan atas ejen yang akan menyerang sel-sel stem kanser. Kumpulan kami telah menemui beberapa kompaun /molekul kecil yang mempunyai sifat antikanser bila diuji terhadap NPC dan kanser lain. Kajian selanjutnya sedang dijalankan.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami