Objektif Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC)

. Terakhir dikemaskini: 15 Mei 2015Jumlah paparan: 5117

  1. Menjalankan pelbagai penyelidikan bagi membuktikan secara saintifik keberkesanan dan keselamatan produk herba dan perubatan tradisional dan komplemetari (PT&K) dengan mengikuti piawaian yang ditetapkan.
  2. Mengkoordinasikan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan perubatan herba dan PT&K di Malaysia.
  3. Menyumbang dalam penemuan dan pengesahan ubat-ubatan herba dan PT&K yang mempunyai maklumat saintifik di Malaysia bagi memastikan penambahbaik nilai komersialnya sehingga dapat menembusi pasaran luar negara.
  4. Mengumpulkan pelbagai maklumat berkenaan perubatan herba dan PT&K di Malaysia dan juga negara luar melalui penyelidikan bagi menyediakan pangkalan data, monograf, kompendium dan juga projek pembinaan maklumat elektronik web portal bagi perubatan bersepadu, GlobinMed 'Global Information Hub on Integrated Medicine'.
  5. Bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan professional kepada KKM dan agensi berkenaan berkenaan perubatan herba dan PT&K.