Unit ini memainkan peranan penting dalam penyelidikan kajian pra klinikal ke atas ekstrak tumbuhan untuk mengetahui kesan toksik dan farmakologi yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan yang dipilih. Tumpuan pada masa kini adalah kepada penilaian keselamatan dan penyelidikan yang dijalankan adalah:
- Kajian ketoksikan sistemik kronik dan akut dalam model haiwan.
- Toksikologi in vitro dan kajian toksikologi molekul seperti mutagenik, genotoksik dan karsinogenik termasuklah juga kesan ekstrak tumbuhan terhadap genom sel dan organism.
- Menawarkan perkhidmatan diagnostik rutin logam berat dalam cecair biologikal.
- Lain-lain kajian termasuklah penilaian kehadiran adulteran, steroid dan logam berat dalan ekstrak tumbuhan.