- Memastikan GlobinMed merupakan penyumbang maklumat Perubatan Tradisional dan Komplementari yang terunggul dan maklumat tersebut adalah terbukti kesahihannya, dan menuju ke arah penubuhan Perubatan Bersepadu;
- Mengumpul maklumat tradisi dan saintifik mengenai herba perubatan untuk digunakan sebagai bahan rujukan di dalam bentuk kompendium, farmakopoeia dan monograf;
- Mewujudkan koleksi spesimen baucer yang boleh digunakan sebagai rekod dan bahan rujukan untuk tujuan pengesahan herba perubatan yang dibuat kajian;
- Menjalankan penyelidikan mengenai modaliti-modaliti Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia.