Objektif Unit Akarologi

. Terakhir dikemaskini: 24 Mac 2014Jumlah paparan: 2823

about us_banner

Unit Akarologi telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1967 bertujuan untuk menjalankan penyelidikan taksonomi, biologi, ekologi dan distribusi Akari, terutamanya hama trombiculid, hama mesostigmatid dan sengkenit. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, skop penyelidikan beralih kepada biologi, distribusi dan kawalan Akari yang mempunyai kepentingan perubatan.

Unit ini aktif mencari dan menjalankan penyelidikan usahasama dengan Institusi tempatan dan antarabangsa. Unit juga menawarkan beberapa perkhidmatan antaranya adalah pengenalan Akari dan penilaian produk untuk kawalan Akari. Latihan disediakan secara tetap dan atas permintaan berkaitan pelbagai topik seperti pengenalan sengkenit dan hama serta teknik khusus makmal dan lapangan yang digunakan dalam penyelidikan Akarologi.