Mengenai Kami

. Terakhir dikemaskini: 10 April 2017Jumlah paparan: 5419

clinical

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bermula dengan satu cadangan pada tahun 1900 oleh Sir Frank Swettenham Athelstane, Residen Jeneral Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan sebuah Institut patologi di Tanah Melayu bagi menjalankan penyelidikan saintifik yang berterusan ke atas sebab-sebab, rawatan dan pencegahan daripada wabak seperti beri-beri dan demam malaria.

Cadangan ini telah dibuat berikutan ketetapan yang dibuat di dalam Persidangan Berlin pada tahun 1885 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti itu sebagai langkah menggalakkan kesejahteraan moral dan material kepada penduduk asal dan untuk meneroka bidang perubatan tropika yang masih tidak banyak diketahui pada waktu itu.

 Corporate VideoCorporate Video IMR