[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 18 Sep 2019, 03:20 PM (Terakhir dikemaskini pada: 18th Sep 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Toksikologi & Farmakologi

. Terakhir dikemaskini: 19 Mac 2014Jumlah paparan: 9549

Unit Toksikologi & Farmakologi menyediakan perkhidmatan diagnostik dan penyelidikan. Tumpuan utama penyelidikan adalah toksikologi in vivo & in vitro dan toksikologi reproduktif ke atas ekstrak herba/tumbuhan dan produk herba. Toksikologi in vitro termasuk asai sitotoksik dan toksikologi genetic seperti 'Bacterial reverse mutation (AMES) dan Asai Mikronukleus. Di antara asai lain yang akan dibangunkan pada masa depan adalah asai 'Mouse Lymphoma' dan 'Comet'.

Ciri sitotoksik produk dan ekstrak herbal disaring menggunakan asai sitotoksik. Asai MTT digunakan dalam menilai integriti membrane sel yang mana merupakam salah satu kaedah biasa dalam mengukur kesan sitotoksik dan viabiliti sel. Asai ini menentukan aktiviti perencatan(IC50) ekstrak dan produk herba/tumbuhan menggunakan 'cell line panel' berdasarkan tindakbalas kolorimetrik.

Ujian Ames (Bacteria Reverse Mutation assay) digunakan untuk menilai potensi mutagenik ekstrak herba/tumbuhan. Ujian ini menggunakan beberapa strain Salmonella typhimurium yang mengandungi gen mutasi yang terlibat dalam sistesis histidin. Ketiadaan sumber histidin dari luar akan menyebabkan pembentukkan koloni terhalang. Pertumbuhan koloni akan bersambung seperti biasa bilamana berlakunya mutasi berbalik dan pengeluaran histidin kembali semula. Ekstrak tumbuhan/herba yang mempunyai ciri mutagenik akan menyebabkan pertambahan jumlah koloni berbalik berbanding paras asal (background).

T&P Pictures_026

Kami menawarkan ujian toksikologi perkembangan dan reproduktif dalam mengendali penilaian keselamatan terhadap produk dan ekstrak tumbuhan/herba. Dimakmal kami, penyelidikan toksikologi reproduktif memberi tumpuan kepada kesan keupayaan toksisiti perkembangan pra-natal oleh tumbuhan/herba Malaysia yang terpilih ke atas perkembangan fetal dan embrio semasa tempoh organogenik sehinggalah sebelum bersalin menggunakan tikus 'Sprague Dawley'. Secara asasnya, bahan kajian diberi secara 'gavage' semasa tempoh gestasi (GD) 6-20. Pemantauan symptom klinikal toksisiti maternal, penambahan berat badan dan pengambilan makanan dan air dicatat. Keratan caesarean dilakukan pada hari gestasi (GD) ke 21 dimana fetus yang hidup dan mati dan resorpsi tulang dicatat. Fetus ditimbang dan diperiksa terdapatnya abnormality luaran. Separuh fetus dari setiap anak sistem kajian (Sprague Dawley) dibersihkan dan diwarnakan dengan Azarin red S untuk penilaian rangka dan pembahagian kepala.

Unit T & P juga menyediakan perkhidmatan diagnostik kepada semua hospital kerajaan dalam bidang toksikologi. Kami menjadi penganjur bagi Program Kawalan Mutu Dadah Kebangsaan(NDQCP) yang mana melibatkan lebih 60 peserta dari seluruh Malaysia dan mempunyai 4 sampel bagi kitaran setiap tahun(setiap suku tahun). Unit ini juga mempunyai makmal yang menyediakan ujian bagi mementukan paras pelbagai logam berat dalan cecair biologikal menggunakan 'Graphite Furnace Atomic Absorption Spectroscopy' dan 'Flow Injection Mercury System'.

T&P Pictures_0022

T&P Pictures_0015

Kami menyediakan perkhidmatan dari aspek proses analitikal sebagai sokongan kepada toksikologi pra klinikal dalam memenuhi peraturan Amalan Baik Makmal (GLP) di Institut Penyelidikan Perubatan. Kami menyediakan ujian biokimia dan hematologi dan slaid histopatologi dari organ yang diperolehi dari system kajian (haiwan) toksikologi umum.

T&P Pictures_008

T&P Pictures_004

T&P Pictures_019

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami