[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 18 Sep 2019, 03:01 PM (Terakhir dikemaskini pada: 18th Sep 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Informasi

. Terakhir dikemaskini: 19 Mac 2014Jumlah paparan: 9076

Aktiviti

globinmed

Idea penubuhannya dicetuskan semasa mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Negara-Negara Komanwel yang ke-12 pada tahun 2001, dengan pertukaran daripada nama asalnya iaitu "Commonwealth Information Hub on Traditional and Complementary Medicine (InfoHub)" kepada "Global Information Hub on Integrated Medicine (GlobinMed)". Projek ini yang diterajui dan diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perubatan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah merupakan sebuah pangkalan data elektronik yang boleh dilayari melalui laman sesawang www.globinmed.com. Ia mengandungi maklumat yang sahih dan terkini meliputi segenap aspek tentang perubatan integrasi ( Integrated Medicine ) dari seluruh dunia.

Visi utamanya ialah untuk menjadi penyedia maklumat yang sahih dan berkredibeliti bagi Perubatan Tradisional dan Komplementari serta menyumbang ke arah pembentukan perubatan integrasi. GlobinMed berusaha untuk menjadi sumber rujukan tentang Perubatan Tradisional dan Komplementari ke seluruh dunia melalui perkongsian pintar, kemajuan teknologi dan kakitangan yang berdedikasi. GlobinMed mengandungi pelbagai maklumat tentang Perubatan Tradisional dan Komplementari yang boleh dikategorikan sebagai:

globinmed2

GlobinMed mengalu-alukan penyertaan daripada penyedia kandungan maklumat tempatan dan antarabangsa yang berpotensi dalam memperkayakan lagi maklumat serta meningkatkan teknologi yang digunakan untuk memastikan pengemaskinian yang berterusan bagi maklumat Perubatan Tradisional dan Komplementari serta penyebaran maklumat pada platform Teknologi Maklumat yang terkini.


KOMPENDIUM

Salah satu penerbitan oleh HMRC ialah Kompendium Tumbuhan Perubatan Yang Digunakan di Malaysia (Compendium of Medicinal Plants Used in Malaysia). Buku ini mengandungi maklumat tentang 2,002 tumbuhan perubatan yang terdapat di Malaysia dengan 500 gambar berwarna.

globinmed3

 

ETNOPERUBATAN DAN ETNOFARMAKOLOGI

Satu kaji selidik awal tentang amalan perubatan tradisional oleh masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia telah dijalankan dengan kerjasama Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah temuramah dengan para pengamal dan masyarakat setempat dan juga kajian kepustakaan.

PENGUMPULAN SPESIMEN BAUCAR

Koleksi ini mengandungi spesimen tumbuhan hidup dan dikeringkan yang dikumpul semasa kerja lapangan untuk tujuan rekod. Ia juga melibatkan dokumentasi maklumat tumbuhan perubatan yang merupakan aktiviti berterusan melibatkan setiap pegawai di HMRC. Para pegawai dikehendaki menghasilkan spesimen baucar bagi spesis tumbuhan yang dikaji. Bekalan spesimen baucar, kelengkapan dan bantuan juga disediakan untuk para penyelidik menyediakan spesimen baucar untuk koleksi IMR.

globinmed4

 

KAJIAN TENTANG MODALITI PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Kajian tentang modaliti Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia dari segi kelaziman penggunaan, taburan penggunaan, ciri-ciri amalan, pilihan kegunaan, pengamal-pengamal yang terkenal serta maklumat yang berkaitan:

Profil produk perubatan tradisional yang berdaftar;

Kajian tentang amalan perbidanan di kalangan pengamal perubatan tradisional Melayu;
Kualiti hidup (QoL) bagi pesakit angin ahmar yang menerima rawatan akupuntur dan pesakit selepas bersalin yang menerima urutan tradisional Melayu.

 

globinmed5

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami