[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 20 Nov 2019, 05:53 PM (Terakhir dikemaskini pada: 20th Nov 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Virologi

. Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2014Jumlah paparan: 7839

Latihan

viro-image003Latihan Real-TimePCR bagi mengesan wabak Influenza A (H1N1) semasa wabak 2009Untuk memastikan kemahiran kakitangan dalam menjalankan pelbagai ujian diagnostik, Unit Virologi menganjurkan pelbagai program latihan setiap tahun. Program-program ini termasuk demonstrasi teknik makmal dan hands-on dan latihan mengenai penggunaan dan pengendalian peralatan. Selain itu Unit Virologi telah menganjurkan beberapa ceramah yang disampaikan oleh pegawai-pegawai penyelidikan berkaitan dengan penyiasatan wabak dan penemuan penting. Unit Virologi juga terlibat secara aktif dalam menyampaikan kuliah dan amali makmal untuk dua kursus diploma utama yang dianjurkan oleh Pusat Serantau SEAMEO-TROPMED untuk Mikrobiologi Perubatan, Parasitologi & Entomologi. Kedua-dua kursus tersebut ialah Diploma Parasitologi dan Entomologi Gunaan dan Diploma Mikrobiologi Perubatan.

Dari masa ke semasa, Unit Virologi juga menawarkan latihan kepada makmal dan hospital-hospital lain di negara ini berkaitan dengan teknik-teknik makmal dalam diagnosis penyakit. Sebagai contoh, pada tahun 2009, ketika wabak Influenza A (H1N1), Unit Virologi, IMR telah didaftar sebagai makmal rujukan untuk menjalankan penyiasatan dan diagnosis penyakit meggunakan Real-Time PCR. Dalam tempoh itu, latihan telah diberikan kepada beberapa hospital dan makmal-makmal luar untuk membolehkan mereka menjalankan diagnosis Influenza A (H1N1) di makmal mereka sendiri.

viro-image001Demonstrasi Teknik Proteomics SDS-Page

viro-image005Latihan Pengekstrakan RNA Virus

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami