Objektif Unit Virologi

. Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2014Jumlah paparan: 2368

  1. Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas penyakit-penyakit virus, reka cipta reagen dan kit ujian pantas.
  2. Untuk berkhidmat sebagai pusat diagnostik rujukan bagi hospital kerajaan dan swasta dan makmal-makmal patologi.
  3. Memberi latihan dan perkhidmatan perundingan perubatan dalam bidang virologi kepada Kementerian Kesihatan, Universiti-universiti tempatan, agensi-agensi tempatan dan antarabangsa yang lain.
  4. Untuk menilai kit diagnostik untuk pasaran tempatan.
  5. Untuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam penyiasatan wabak.
  6. Untuk menjalankan survelan penyakit bagi memantau penyakit-penyakit virus yang tersebar luas di Malaysia.
  7. Untuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam pengurusan ancaman-bio dengan meningkatkan keupayaan diagnostik dan keupayaan untuk penyiasatan penyakit eksotik dan muncul semula.