[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 20 Nov 2019, 05:02 PM (Terakhir dikemaskini pada: 20th Nov 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Virologi

. Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2014Jumlah paparan: 4622

Sewaktu penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun 1900, penyakit-penyakit virus utama yang menular di negara ini pada ketika itu ialah penyakit anjing gila dan cacar. Diagnosis penyakit-penyakit ini pada masa itu dibuat secara klinikal kerana ketiadaan teknik diagnostik makmal yang canggih. Makmal Diagnosis Rabies telah ditubuhkan di IPP pada tahun 1911. Sehingga pertengahan 1940-an, sumbangan utama IMR dalam bidang virologi adalah untuk mendiagnosis penyakit anjing gila, ujian makmal untuk potensi vaksin virus demam kuning dan penyediaan vaksin cacar dan penyakit anjing gila.

Pada tahun 1949, apabila patogenesis virus menjadi semakin penting, skop jabatan patologi bagi seksyen diagnostik telah diperluas untuk penyakit-penyakit virus yang penting seperti cacar, virus pneumonia dan virus encephalitis. Penyelidikan dan diagnostik dalam penyakit-penyakit virus terus maju di jabatan patologi sehingga bahagian baru Penyelidikan Virus dan Perubatan Zoologi telah ditubuhkan pada 23 Mac 1953. Misi makmal virus adalah "pengasingan dan pengenalpastian virus penyebab penyakit manusia dan haiwan dan kajian taburan antibodi kepada virus sebagai indeks kepentingan atau sejarah kehidupan virus dalam masyarakat". Salah satu projek penyelidikan pertama yang telah dijalankan ialah kajian tentang keberkesanan vaksin demam kuning dalam masyarakat yang terdedah kepada flavirus lain.

Pada tahun 1954, virus influenza A yang pertama telah diasingkan daripada basuhan tekak pesakit dan pada tahun 1966, bahagian ini telah dilantik sebagai Pusat Influenza Kebangsaan yang diiktiraf oleh WHO. Dalam perkembangan masa, diagnostik dan bidang penyelidikan baru dalam bidang virologi telah diterokai.

Fokus semasa Unit Virologi adalah pada penyelidikan yang berkaitan dengan virus perubatan tempatan yang penting, dan bertujuan untuk menentukan epidemiologi virus dan pembangunan teknologi baru untuk diagnosis virus-virus tersebut.

Unit ini juga terus memberi sokongan makmal diagnostik virus untuk kebanyakan hospital-hospital kerajaan dan klinik di negara ini. Dari 2009 hingga 2010, Unit ini telah terlibat secara aktif dalam penyiasatan beberapa wabak di Malaysia termasuk chikungunya, denggi, HFMD dan Influenza A (H1N1). Unit ini juga terus memantau rintangan oseltamivir dan genetik mutasi virus pandemik H1N1.

Unit ini telah mengambil bahagian dalam Program Jaminan Kualiti Luaran (EQAP) yang dianjurkan oleh WHO, RCPA (Australia) dan NRL (Australia) untuk pelbagai ujian serologi, pengasingan virus dan ujian molekular. Makmal Kebangsaan Virus Polio di Unit Virologi diiktiraf penuh oleh WHO sejak tahun 1998. Di samping itu, pada tahun 2010, Unit Virologi ditauliah dan diamanahkan untuk melaksanakan Ujian Pembezaan Intratypic Vaksin (ITD) dan ujian untuk Virus Polio Berasaskan Vaksin oleh WHO. Pada tahun 2010 juga, Makmal Kebangsaan Japanese Enchepalitis menerima akreditasi penuh oleh WHO.

Unit ini turut berfungsi sebagai Makmal Kebangsaan Rujukan AIDS (NARL) untuk kajian kes-kes serologi yang sukar atau tiada penyelesaian, menyediakan perkhidmatan perundingan untuk bayi yang dilahirkan oleh wanita HIV positif dan menjalankan dua Penilaian Kualiti Luar Negara (NEQAS) untuk pusat-pusat pemeriksaan antibodi HIV di hospital kerajaan.

Unit ini terlibat dalam melatih calon-calon pasca siswazah kursus DMM dan kursus DAP & E dan juga pelajar MSc, PhD dan MPath dari universiti-universiti tempatan. Unit Virologi juga menawarkan latihan kepada makmal dan hospital-hospital lain di negara ini berkaitan dengan teknik-teknik makmal dalam diagnosis penyakit.

Selain daripada diagnostik, aktiviti-aktiviti penyelidikan dan latihan, Unit ini juga menjalankan program survelan virus denggi serotype, Nipah, JE, influenza dan penyakit tangan, kaki dan mulut untuk Kementerian Kesihatan.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami