[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 20 Jul 2019, 08:26 PM (Terakhir dikemaskini pada: 18th Jul 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Bakteriologi

. Terakhir dikemaskini: 24 Februari 2014Jumlah paparan: 7500

BENGKEL DAN SEMINAR

1. Seminar Mikologi Kebangsaan

Seminar Mikologi kebngsaan telah diadakan pada 16hb Jun 2009. Seminar ini dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (Unit Bakteriologi) dengan kerjasama Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterafi Malaysia (MSIDC). Matlamat utama seminar ini ialah untuk memperbaharui pengetahuan serta memberi panduan dalam menangani masalah kemunculan penyakit bawaan kulat. Pensyarah seminar termasuk dua orang dari luar negeri (Dr. David Ellis dan Dr. Deborah Marriot dari Australia)  dan empat orang pensyarah tempatan (Dr. Hishamshah, Dr. Arni, Dr. Chow dan Dr. Zaleha). Syarikat Pfizer Malaysia Sdn Berhad telah menaja satu sesi perbincangan sewaktu makan tengahari dan topik-topik yang dibincangkan termasuklah penaburan penyakit, pendekatan diagnosis dan pengurusan maikosis sistemik.

idrcbacte-ellis1Dr. David Ellis membentang kertas kerja

 

idrcbacte-hisham1Dr. Hishamshah membentang kertas kerja

 

2. Bengkel Mikologi Kebangsaan

Bengkel Mikologi Kebangsaan telah diadakan di IMR pada 17hb – 19hb Jun 2009. Bengkel tersebut mengandungi beberapa syarahan dan sesi amali. Topik-topik utama yang dibincangkan meliputi kaedah-kaedah pengenalpastian fungi fotogenik dan isu-isu berkaitan ujian kerentanan antifungal. Penceramah dan pemudahcara terlibat dalam bengkel ini termasuklah Dr. David Ellis (Australia), Dr. Mohd Fuat (Unit Bakteriologi, IMR) dan beberapa orang pegawai dan juruteknik dari Unit Bakteriologi, IMR. Seramai 40 orang menghadiri bengkel tersebut.

idrcbacte-Ellis3Dr. David memberi syarahan kepada peserta bengkel

idrcbacte-Ellis2Dr. David Ellis memberi demonstrasi penyedian kultur slaid

idrcbacte-Ellis4Peserta bengkel bersama pensyarah, pemudahcara dan ahli jawatankuasa penganjur

PROGRAM LUAR UNTUK KEPASTIAN KUALITI / KOMPETENSI

Unit ini mengambil bahagian secara aktif dalam Program Kepastian Kualiti yang dianjurkan oleh Royal College of Pathologists of Australasia (RCPA) dengan tujuan utamanya untuk menguji kompetensi anggota makmal dan prosedur operasi piawai dan juga sebagai medan kepada anggota untuk memperbaharui pengetahuan dalam Mikrobiologi.


Anggota unit ini menerima 8 penghantaran oleh RCPA dalam tahun 2009 untuk modul-modul berikut:

  • Urin
  • Kulit
  • Tekak
  • Najis
  • Salur pernafasan
  • Organ pembiakan (genital)
  • Jangkitan luka/ nanah (aerobik)
  • Jangkitan luka / nanah (anaerobik)
  • Mikobakteriologi (pewarnaan)
  • Bakteria sukar / darah
  • Ujian kerentanan antibiotik
  • Mikologi

Kesemua keputusan ujian dilaporkan kepada RCPA menggunakan borang atas talian. Pengesahan keputusan ujian yang diterima dari RCPA beberapa minggu selepas tarikh tutup dibincangkan dalam mesyuarat teknikal yang dihadiri oleh semua anggota makmal.

idrcbacte-rcpaMesyuarat membincangkan keputusan ujian kepastian kualiti RCPA

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami