[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 23 Sep 2019, 09:01 AM (Terakhir dikemaskini pada: 20th Sep 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Akarologi

. Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2014Jumlah paparan: 7570

SEJARAH

acaro building

Akarologi mula ditubuhkan pada penghujung tahun 1967 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Bahagian Zoologi Perubatan. Bahagian Akarologi diletakkan di bawah Ketua yang pertama iaitu Dr M Nadchatram yang telah memberi tumpuan kepada taksonomi, ekologi, biologi dan distribusi Akari terutamanya hama trombiculid, sengkenit dan hama mesostigmatid. Beberapa spesis dan rekod baru Akari dari sampel tempatan dan antarabangsa telah berjaya dikenalpasti. Dr Nadchatram telah bersara pada tahun 1988 dan tempat beliau telah digantikan dengan Dr Ho Tze Ming. Di bawah kepimpinan Dr Ho, skop penyelidikan lebih tertumpu kepada biologi, distribusi dan kawalan Akari yang penting dalam perubatan, terutamanya hama debu rumah yang menghasilkan alergen.

Pada tahun 1994, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah disusun semula. Semua Bahagian telah dijadikan Unit dan diletakkan di bawah 5 Jabatan. Unit Akarologi telah diletakkan di bawah Jabatan Perubatan Tropika. Tumpuan penyelidikan Unit Akarologi tidak berubah dengan ketara selepas penyusunan semula itu.

Pada tahun 2001, lima Jabatan itu telah di susun semula kepada 8 Pusat. Unit Akarologi diletakkan di bawah Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (IDRC). Pada masa itu, Unit Akarologi telah memulakan Program Penyelidikan Penyakit Bawaan Sengkenit sebagai tambahan kepada program penyelidikan hama debu rumah.

Sejak awal penubuhan pada tahun 1967 di mana Unit ini telah dimulakan dengan seorang penyelidik dan disokong oleh beberapa juruteknologi, bilangan anggota unit ini telah berkembang secara berperingkat kepada 4 orang penyelidik, 8 juruteknologi dan 2 anggota sokongan. Usaha Dr Ho masih diteruskan oleh Dr Mariana Ahamad yang mengambil alih tugas Ketua Unit Akarologi setelah Dr Ho dilantik sebagai Ketua Unit Jaminan Kualiti, Pusat Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Ogos 2012.

Unit Akarologi pernah ditempatkan di beberapa lokasi di IMR termasuk sebuah bangunan banglo kayu di hujung selatan IMR dan di seksyen tingkat pertama Kolej Teknologi Makmal Perubatan. Kini Unit ini ditempatkan di salah satu sayap bangunan warisan kayu yang menghadap Jalan Pahang, dan satu sayap banglo kayu di sudut Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda.

LOKASI

Institut Penyelidikan Perubatan terletak di Jalan Pahang di antara Hospital Kuala Lumpur dan simpang Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Unit Akarologi terletak di bangunan warisan yang merupakan bangunan pertama yang dilihat selepas memasuki pintu utama di Jalan Pahang. Koordinat GPS kami ialah 3. 169633, 101.699077


Lihat Unit Akarologi, IMR di dalam peta yang lebih besar

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami