[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 19 Jun 2019, 07:18 AM (Terakhir dikemaskini pada: 19th Jun 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Pemakanan

. Terakhir dikemaskini: 25 Februari 2014Jumlah paparan: 6633

Pengenalan

Penyelidikan unit memberi fokus kepada makanan fungsian dan analisis kimia makanan. Projek terkini adalah berkaitan Pengemaskinian Pangkalan Data Komposisi Zat Makanan Malaysia. Projek-projek lain adalah Nilai pemakanan Sarang Burung Malaysia dan kesannya terhadap sel-sel penting di dalam badan, kajian keselamatan makanan dalam penggunaan bahan penyahkuman ke atas mikroflora asli biji kacang hijau dan sprouts, penentuan aras biogenic amine dan pencemaran mikrob dalam makanan berasaskan ikan tempatan dan mengenal pasti amalan perkilangan terbaik untuk mengurangkan tahap biogenic amines dan bahan cemar.


Ujian diagnostik rutin seperti penentuan vitamin A dan E di dalam sampel makanan dan serum serta ujian proksimat tidak lagi ditawarkan kepada orang awam dan hospital. Semua ujian kepakaran yang disediakan adalah untuk tujuan penyelidikan sahaja. Jadual 1 menunjukkan bilangan ujian untuk makanan dan analisis serum yang dilakukan termasuk makanan komposisi proksimat, mineral, vitamin A dan E dalam serum, ujian urin iodin dan kit ujian pantas dari tahun 2009 hingga 2010.


Jadual 1: Analisis makanan, ujian diagnostik, dan penyediaan kit ujian cepat yang dikendalikan oleh Unit Pemakanan pada tahun 2009 dan 2010.

 

Ujian/Penyediaan Kit

Bilangan Ujian/kit

2009

2010

1. Sampel Makanan dan Makanan Haiwan

Komposisi makanan proksimat

(tenaga, kelembapan, protein, lemak, abu, karbohidrat, serat diet terlarut dan tidak terlarut)

200

720

Mineral-(Ca, P, Fe, Na, K, Mg, cu, Zn)

464

1158

Vitamin

(B1 b2, A dan E)

-

44

2. Darah/Serum/Sampel Urin

Vitamin A & E

1784

1260

Aras Iodin:

-Sampel Urin

254

1182

Penyediaan kit ujian pantas untuk ujian:

-       Iodin dalam garam

-       Iodin dalam air

2700

1000

4730

-

Jumlah

 

6402

9094

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami