[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 19 Nov 2019, 03:47 AM (Terakhir dikemaskini pada: 18th Nov 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Diabetes & Endokrin

. Terakhir dikemaskini: 12 Julai 2016Jumlah paparan: 8291

PENYELIDIKAN

‘My Body is Fit and Fabulous’: Program intervensi untuk mengekang obesiti (kegemukan) di kalangan pelajar sekolah (MyBFF@school) –Fasa II

MyBFF@school adalah satu program intervensi untuk mengawal masalah kegemukan yang diperkenalkan sebagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terpilih di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Tiga komponen dalam program ini meliputi modul aktiviti fizikal, pemakanan dan psikologi dan diimplementasi sebagai pakej.

Objektif utama MyBFF@school adalah untuk menilai keberkesanan program untuk menurunkan BMI dan komposisi lemak badan, di samping mengekalkan motivasi untuk kekal cergas dan sihat.

Ujian darah yang dijalankan termasuk paras glukosa, HbA1c, profil lipid, profil enzim hati, hormone dan cytokines berkaitan obesiti.

(Fazliana M, Nur Zati Iwani AK, Ruziana Mona WMZ)

My Body is Fit and Fabulous”:Program intervensi untuk mengekang obesiti (kegemukan) di kalangan suri rumah di Lembah Klang (MyBFF@home)

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pakej intervensi menurunkan berat badan di kalangan suri rumah yang tinggal di pangsapuri kos rendah di sekitar Lembah Klang. Perubahan profil kardiometabolik (glukosa, profil lemak, HbA1C, rintangan insulin) dan komposisi badan (jisim lemak, peratusan lemak badan, visceral fat area, jisim otot) diukur pada baseline dan akhir penyelidikan. Projek ini merupakan kerjasama dengan Institut Kesihatan Umum.

(Fazliana M, Liyana AZ, Fatin S)

Penanda biologi genetik bagi diabetes and komplikasinya di kalangan orang dewasa di Malaysia

Faktor-faktor  genetik dan persekitaran mempengaruhi perkembangan penyakit diabetes mellitus jenis II (type 2 diabetes mellitus, T2DM). Dalam penyelidikan ini, sampel DNA dari kalangan individu sihat dan pesakit T2DM di Malaysia dikaji menggunakan teknik microarray. Penyelidikan ini akan memberikan maklumat mendalam bagi perkembangan penyakit T2DM dan komplikasi-komplikasi penyakit tersebut. Analisa biokimia telah dijalankan bagi glukosa, HbA1c, profil lipid, kreatinin dalam serum dan air kencing, mikroalbumin dan cystatin dalam serum. Eksperimen menggunakan 200 microarray chips juga telah disiapkan. Analisa microarray bagi copy number variations sedang dijalankan untuk melengkapi kajian ini.

(Fazliana M, Nur Zati Iwani AK, Ruziana Mona WMZ, Liyana AZ)

Searching for new biomarkers of diabetic nephropathy in Malaysian with type 2 diabetes

Sungguh pun telah terdapat penanda biologi yang digunakan di klinik, penyelidikan dan pembangunan bertujuan mendapatkan strategi rawatan yang lebih sensitif bagi nefropati diabetes (DN) mampu membantu pengesanan dan rawatan penyakit pada peringkat yang lebih awal. Diabetes mellitus jenis 2 (T2D) dan DN adalah penyakit kompleks, yang melibatkan interaksi antara faktor genetik dan persekitaran. Sebanyak 1142 rakyat Malaysia dengan kerintangan glukosa normal (NGT), T2D dan DN terlibat dalam kaijan ini. Hasil daripada kajian genetik dan zebrafish menunjukkan gen solute carrier family 12 (sodium/chloride transporters) member 3 (SLC12A3) mungkin berpotensi menjadi penanda biologi yang baru untuk DN. Data daripada genetik dan protein analisis pula menunjukkan bahawa molekul intercellular adhesion molecule 1 (ICAM-1) K469E9A/G polymorphism dan plasma gen pentraxin 3 (PTX3) adalah berkaitan secara signifikasi dengan DN. Kajian epigenetik menggunakan teknologi pyrosequencing juga menunjukkan bahawa peningkatan tahap metilasi DNA bagi gen solute carrier family 30 member 8 (SLC30A8) adalah berkaitan  dengan T2D tetapi tidak DN.

(Norhashimah AS)

Panel penanda biologi untuk diabetes mellitus jenis II

Diabetes mellitus jenis II (type 2 diabetes mellitus, T2DM) lazimnya tidak dapat dikesan pada peringkat awal kerana tiada symptom yang jelas, dan komplikasi bermula antara 4 sehingga 7 tahun sebelum diagnosis klinikal. Sehingga kini, kebanyakan ujian diagnostik dijalankan berdasarkan penanda biologi tunggal. Oleh itu, ia boleh menyebabkan significant level of false positives. Kini, pelbagai penanda biologi digunakan untuk menambahbaik sensitiviti dan spesifisiti untuk diagnosis sesuatu penyakit. Tidak seperti protein lain yang terdapat dalam serum,  antibodi auto adalah lebih stabil, banyak, jauh lebih spesifik, mudah diambil dari serum dan mudah dikesan berdasarkan symptom klinikal berbanding penanda biologi yang lain. Kajian diabetes ini menggunakan 200 sampel serum meliputi 100 pesakit diabetes dan 100 sampel dari individu sihat. Sampel dianalisa untuk pengesanan anti human IgG antibodies mengggunakan Discovery Array v3.0 (Oxford Gene Technology, United Kingdom).

(Fazliana M, Ruziana Mona WMZ)

 

DIAGNOSTIK

Unit ini hanya menjalankan ujian yang sangat khusus, jarang dan tidak pernah dilakukan di makmal hospital kerajaan. Beban kerja diagnostik untuk intact-PTH kekal di tahap tertinggi kerana unit ini adalah satu-satunya makmal di negara ini yang menggunaka kit hormon Paratiroid generasi ke 3 yang khusus hanya mengukur molekul utuh keseluruhan. Bilangan permintaan untuk ujian diagnostik dibuat dalam tempoh 2 tahun adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

 

 Laporan Ujian Yang Ditawarkan dan Beban Kerja

 

Bil

 

Nama Ujian

 

Jumlah Ujian Yang Ditawarkan

 

Beban Kerja: Jumlah Specimen yang diterima

 

Beban Kerja: Jumlah Ujian Yang Dijalankan

 

2014

2015

2014

2015

2014

2015

1.

INTACT PARATHYROID HORMONE (iPTH)

Tiada had

Tiada had

14,777

15,901

14,729

 15,720

2.

TESTOSTERONE

Tiada had

Tiada had

175

51

173

51

3.

DHEADROEPIANDROSTENEDIONE (DHEAS)

Tiada had

Tiada had

181

185

180

185

4.

GROWTH HORMONE

Tiada had

Tiada had

497

563

495

554

5.

INSULIN-LIKE GROWTH FACTOR 1

Tiada had

Tiada had

1,770

1,988

1,763

1,976

6.

THYROGLOBULIN

Tiada had

Tiada had

3,777

4,067

3,770

4,052

7.

17-OH PROGESTERONE

Tiada had

Tiada had

954

1,012

954

1,002

 

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami