Pengenalan kepada Unit Patologi Molekul

. Terakhir dikemaskini: 25 Februari 2014Jumlah paparan: 3396

Kanser merupakan satu masalah kesihatan utama di dunia, termasuklah Malaysia. Kos yang digunakan untuk menangani kanser, termasuklah kos rawatan, pemulihan serta kematian adalah lebih tinggi berbanding masalah kesihatan lain di dunia. Peratus pesakit baru yang didiagnosis menghidap kanser di negara membangun semakin meningkat dan hampir dua pertiga daripada 7.6 juta kematian setiap tahun disebabkan kanser di seluruh dunia adalah daripada negara-negara yang sedang membangun dan negara yang berpendapatan rendah. Insiden kanser juga semakin meningkat di Asia.

Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan, kanser nasofarink ialah kanser keempat utama di Malaysia. Ia juga dilaporkan merupakan kanser paling biasa di kalangan penduduk berusia 15 hingga 49 tahun di Semenanjung Malaysia (National Cancer Registry Report, 2006). Insiden NPC dilaporkan sangat tinggi di kalangan kaum asli Sarawak. Walaupun NPC merupakan kanser yang seringkali dijumpai di rantau ini, insiden kanser ini adalah jarang ditemui di barat dan banyak yang belum diketahui tentang kanser tersebut.

Penyelidikan utama kami tertumpu pada kanser nasofarinks. Projek usaha sama jenis kanser lain juga dijalankan di unit ini. Kajian kami tertumpu pada penyelidikan pencarian penanda sel stem kanser, penyelidikan untuk penemuan penanda genetik kanser.