[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 15 Dec 2019, 03:24 AM (Terakhir dikemaskini pada: 12th Dec 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Imunodefisiensi Primer

. Terakhir dikemaskini: 19 Oktober 2017Jumlah paparan: 3065

Imunodefisiensi Primer (PID) merujuk kepada lebih daripada 250 penyakit yang dicirikan oleh gangguan fungsi sistem imun. Gangguan ini melemahkan sistem imun badan dan menyebabkan berlakunya jangkitan berulang kali. Kebanyakan pesakit PID memiliki gangguan sistem imun sejak lahir. Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung dijangkiti kuman. Jangkitan di kalangan pesakit PID kebiasaannya terdiri daripada jangkitan berulang dan/atau jangkitan berpanjangan. Terdapat kes PID yang amat ringan sehinggakan mereka tidak menunjukkan sebarang gejala selama beberapa tahun. Terdapat juga kes yang sangat serius sehinggakan mereka dapat dikesan seawal pesakit tersebut dilahirkan.

Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi (AIRC) telah menyediakan ujian makmal bagi kes-kes PID sejak tahun 1970-an, bermula dengan ujian kuantifikasi imunoglobulin. Kami merancang untuk mengembangkan keupayaan makmal bagi menangani kes kes PID. Perbincangan tentang ujian yang diperlukan dalam perkhidmatan amatlah dialu-alukan.

Senarai Ujian Saringan PID (wajib dilakukan sebelum meminta Ujian Diagnostik Khas)

  1.       T & B cell enumeration (CD19/CD3/CD4/CD8/NK cells)
  2.      Serum Immunoglobulin (IgA,IgM,IgG and IgE) & Serum Complement(C3 and  C4)    

Senarai Ujian Diagnostik Khas PID

  • Dihydrorhodamine 123 test (screening for chronic granulomatous disease).
  • Detection of BTK protein (X-linked Agammaglobulinemia).
  • Detection of CGD (Chronic Granulomatous Disease) proteins.
  • Detection of WAS (Wiskott-Aldrich Syndrome) protein.

 

 

Semua ujian di unit ini dijalankan mengikut temujanji. Doktor yang bertugas hendaklah menelefon 03-26162587 dan bercakap dengan mana-mana pegawai unit kami. Borang permohonan boleh dimuat turun disini. 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami