[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 12 Nov 2019, 12:07 PM (Terakhir dikemaskini pada: 12th Nov 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Biokimia

. Terakhir dikemaskini: 07 Mac 2014Jumlah paparan: 8033

Unit Biokimia, Pusat Diagnostik Khas telah ditubuhkan pada bulan April 2001 semasa pengstrukturan semula IPP. Tujuan utama penubuhan unit ini adalah untuk menambahbaik dan mengukuhkan kemahiran diagnosa klinikal dari segi jumlah dan kepelbagaian ujian diagnostik biokimia dengan menggunakan kaedah berteknologi tinggi yang dapat memendekkan masa analisa. Disamping itu, unit ini juga menjalankan penyelidikan kaedah-kaedah baru untuk pendiagnosan penyakit sejajar dengan pelan meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia. Ini dapat dicapai dengan pembelajaran dan kursus jangka pendek dan jangka panjang yang dihadiri oleh kakitangan unit ini.

Dalam Rancangan Malaysia ke 8, kaedah-kaedah untuk pendiagnosan penyakit IEM telah mula diwujudkan dimana fully automated ion-exchange amino acids analyser telah diperuntukkan untuk analisa kuantitatif asid amino di dalam cecair badan. Pada waktu yang sama, Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) juga telah diperolehi untuk analisis asid organik di dalam sampel urin.

Tandem Mass Spectrometry juga telah diperolehi bagi menyaring kepincangan metabolisma asid amino dan asid organik dan penyakit kepincangan Pengoksidaan asid lemak. Kaedah berteknologi tinggi ini, berupaya menyaring lebih daripada 30 penyakit pada waktu yang sama dengan menggunakan tompok darah kering dari bayi baru lahir dalam masa hanya 2 minit. Kaedah canggih ini menghasilkan keputusan pesakit yang cepat tepat dan jitu yang diperlukan untuk pengesanan awal penyakit. Ini membolehkan rawatan dapat diberi dengan cepat bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan mengelakkan komplikasi kronik. Unit ini terus berkembang dengan pembangunan kaedah ujian-ujian penting biokimia genetik yang masih belum terdapat di Malaysia.

Pada masa ini, Unit biokimia adalah satu-satunya makmal klinikal di Malaysia yang menawarkan ujian-ujian biokimia genetik yang komprehensif untuk penyaringan dan diagnosa penyakit IEM kepada hospital-hospital kerajaan, swasta dan luar negara. Sehingga kini, Unit ini telah menawarkan lebih daripada 25 ujian penyaringan dan ujian pengesahan untuk penyakit-penyakit IEM.

sdcbiochem-intro

 

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami