Pengenalan kepada Pusat Sumber Khas (SRC)

. Terakhir dikemaskini: 23 September 2019Jumlah paparan: 5229

Sebagai khidmat sokongan merupakan tulang belakang kepada sesuatu organisasi. Pusat Sumber Khas menyediakan khidmat sokongan yang strategik untuk memenuhi keperluan dan membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pusat-pusat penyelidikan di IPP dan juga Kementerian Kesihatan. Pusat Sumber Khas menjalankan penyelidikan dan juga memberikan khidmat nasihat di dalam bidang epidemiologi, statistik dan pengurusan data, di samping perkhidmatan lain seperti kemudahan teknologi maklumat yang terkini, bekalan haiwan makmal untuk penyelidikan, perkhidmatan kepustakaan, termasuk jurnal online, kemudahan muzium perubatan dan perkhidmatan ilustrasi perubatan, khasnya dalam penyediaan pembentangan dan penerbitan.