[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 18 Sep 2019, 03:27 PM (Terakhir dikemaskini pada: 18th Sep 2019)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Mikroskopi Elektron

. Terakhir dikemaskini: 06 Mac 2014Jumlah paparan: 2295

Selamat datang ke Unit Mikroskopi Elektron (EM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur, Malaysia.

Di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, terletaknya IMR, pusat bagi penyelidikan bioperubatan di Malaysia. Dengan sejarah lebih seratus tahun dalam penyelidikan penyakit tropika, IMR sekarang melangkah lebih jauh lagi dengan pengunaan instrumantasi selari dengan pembangunan penyelidikan di negara ini.

Sejajar dengan peningkat keperluan penyelidik di IMR dan institusi pembangunan dan penyelidikan yang lain, Unit EM kini menawarkan pelbagai peralatan analisis nanostructural. Unit ini adalah salah satu penyumbang dalam produk penyelidikan IMR serta memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti analisis mikroskopi dan berperanan dalam komuniti melalui khidmat diagnostik dan latihan dalam pelbagai bidang bioperubatan.

SEJARAH

  • Dis 1980
    Unit EM ditubuhkan di bawah di Bahagian Parasitologi.
  • Mac 1981
    Dua mikroskop diterima : Hitachi SEM S430 dan Hitachi TEM H300.
  • 1982
    Unit EM mula beroperasi dengan dua kakitangan terlatih
  • 1997
    Mikroskop tidak berfungsi dengan baik. Kos pembaikan dan penyelenggaraan mikroskop meningkat.
  • 1998
    Proses pelupusan dicadangkan. Kegiatan mikroskopi electron dihentikan
  • Jan 2001
    Permohonan Dasar Baru bagi pembelian mikroskop elektron baru diluluskan.
  • Jan 2002
    Pembelian dua buah mikroskop electron yang baru : Philips FEI XL30 ESEM dan Philips FEI Tecnai G2.
  • Jan 2002
    Selepas penstrukturan semula IMR, Unit EM di tempatkan di bawah Pusat Sumber Penyelidikan Perubatan (MRRC).
  • Okt 2002
    Ubahsuai Studio Fotografi kepada Bilik Mikrotom (Makmal 2)
  • Jan 2003
    Pembelian peralatan baru Ultramikrotom UCT. Pemasangan dan pentauliahan peralatan di lakukan.
  • Jul 2003
    Unit ini telah menerima alat HIROX Digital Microscope yang dihadiahkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

Logo-SIRIM-n-UKAS-IMR

IMR ialah sebuah organisasi bertauliah oleh SIRIM (nombor sijil 2972).

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami beroperasi dari jam 8.00pg - 5.00ptg Isnin - Jumaat. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami