Objektif Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC)

. Terakhir dikemaskini: 29 Jun 2022Jumlah paparan: 9855

  1. Menjalankan penyelidikan pra-klinikal dan membantu menjalankan kajian klinikal bagi membuktikan keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan herba secara saintifik mengikuti piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan manusia.
  2. Menyumbang kepada penemuan dan pengesahan ketulenan produk-produk herba di Malaysia dengan maklumat saintifik bagi tujuan penambahbaikan nilai komersialnya bagi menembusi pasaran antarabangsa.
  3. Mengumpul pelbagai maklumat berkenaan perubatan herba dan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) melalui penyelidikan bagi menyediakan kompendium, monograf dan portal sesawang maklumat elektronik bagi perubatan bersepadu, “Global Information Hub on Integrated Medicine” (GlobinMed).
  4. Membantu perjalanan penyelidikan PT&K bagi mencapai maklamat perubatan bersepadu.
  5. Bekerjasama dengan memberikan perkhidmatan profesional kepada pihak pemegang taruh terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM) di dalam bidang perubatan herba dan PT&K.
  6. Menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan penyelidikan perubatan herba kepada sektor awam dan industri.
  7. Menyediakan latihan berkaitan penyelidikan perubatan herba kepada sektor awam dan industri.
Picture 2