Pengenalan kepada Unit Fitokimia

. Terakhir dikemaskini: 29 Jun 2022Jumlah paparan: 7025

Selamat datang ke Unit Fitokimia!

Unit Fitokimia merupakan fasiliti penyelidikan di bawah Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC) yang terdiri daripada sekumpulan penyelidik yang bersemangat untuk meneroka diversiti fitokimia daripada spesies tumbuhan ubatan di Malaysia. Sejak penubuhan Unit ini pada tahun 2001 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan bermula dengan hanya peralatan High-performance liquid chromatography (HPLC) yang asas, kami kian mengembangkan kapasiti teknologi dan kepakaran penyelidik. Makmal kami kini terletak di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam, Selangor dan dilengkapi dengan teknologi analitikal dan pemisahan yang canggih seperti yang diperlukan untuk penyelidikan tumbuhan ubatan. Ini termasuk Nuclear Magnetic Resonance Spectrometer (NMR), Liquid Chromatography-Mass Spectrometry (LC-MS), Centrifugal Partition Chromatography (CPC), Flash Chromatography, Preparative Recycling High-Performance Liquid Chromatography, High-Performance Thin Layer Chromatography (HPTLC), and Fourier Transform Infrared Spectrometer (FTIR).

Tema utama penyelidikan di Unit Fitokimia adalah pembangunan strategi fitokimia yang inovatif untuk pencirian produk semulajadi dan penemuan entiti kimia baharu untuk pembangunan produk perubatan dan penjagaan kesihatan.