Pengenalan kepada Unit Entomologi

. Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2014Jumlah paparan: 9823

Unit Entomologi Perubatan telah ditubuhkan pada 1902 dengan perlantikan Ahli Entomologi pertama di Institut Penyelidikan Perubatan. Pelbagai penyelidikan berkaitan penyakit bawaan serangga telah dijalankan di sini selama 11 dekad yang lalu sekaligus telah menghasilkan pelbagai penemuan dan pengembangan pengetahuan terhadap biologi dan kawalan vector serangga dan hubungannya dengan penyakit yang dibawa. Kebanyakan teknik-teknik pengawalan dan pemusnahan serangga pembawa penyakit yang digunakan pada era moden hari ini, telah dimulakan di unit ini. Unit Entomologi Perubatan memainkan empat peranan yang penting iaitu: Penyelidikan, Latihan, Diagnosis dan Khidmat Nasihat/Rundingan.