Pengenalan kepada Unit Diabetes & Endokrin

. Terakhir dikemaskini: 12 Julai 2016Jumlah paparan: 7007

Selari dengan fungsi utama kami, aktiviti penyelidikan bertumpu kepada penyakit berkaitan endokrin seperti diabetes, penyakit metabolik, obesiti dan penyakit berkaitan kardiovaskular. Antara projek yang dijalankan ialah 'Penanda Biologi bagi Diabetes dan Komplikasinya.' Unit ini juga sebahagian daripada pasukan penyelidik 'National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2011' untuk menentukan prevalens penyakit buah pinggang kronik di kalangan orang dewasa di Malaysia. Di samping itu, unit ini juga berkolaborasi dengan Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) untuk mengkaji keberkesanan program intenvensi gaya hidup sihat untuk mengelak diabetes di kalangan mereka yang mengalami pre-diabetes.