Pengenalan kepada Unit Biobank

. Terakhir dikemaskini: 24 Mac 2022Jumlah paparan: 1178

PENGENALAN

Unit Biobank telah ditubuhkan pada 2019 untuk memudahkan dan menyokong penyelidikan bioperubatan yang berimpak serta berkualiti dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menguruskan Biobank KKM. Biobank KKM yang berfungsi sepenuhnya adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser (NSPCCP) 2016 – 2025.

Fokus utama unit adalah untuk menguruskan hal ehwal harian Biobank KKM. Biobank KKM terlibat dalam pengumpulan pelbagai jenis tisu (contohnya darah, fresh tissue, air liur, tisu diawet formalin dan lain-lain) berserta data tanpa nama daripada penderma yang telah memberi keizinan (informed consent) untuk penggunaan tisu untuk penyelidikan di masa depan secara beretika.

Objektif

Untuk memudahkan penyelidikan bioperubatan dengan menyediakan biospesimen berkualiti tinggi dan data tanpa nama yang berkait

• Untuk memulakan projek pengumpulan secara prospektif yang memfokuskan kepada kanser-kanser kepentingan negara

• Untuk mewujudkan rangkaian biobanking antara hospital kerajaan dan Biobank KKM untuk pengumpulan spesimen dan data berkaitan

• Untuk diiktiraf sebagai peneraju dalam menyediakan bahan biologi manusia berkualiti tinggi & data tanpa nama yang berkaitan untuk penyelidik.

• Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi lain dalam bidang biobanking, pemprosesan serta penyimpanan biospesimen.

• Untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti penyelidikan berkaitan dengan kesihatan

Aktiviti-Aktiviti

  • Merancang & mengurus pengumpulan sampel & data dari penderma yang telah memberi keizinan untuk biobanking:

            o Kerjasama antara doktor, penyelidik & pentadbir

            o Aliran kerja untuk persetujuan; pemerolehan sampel dan logistik

            o Mengurus dan menyelaras permintaan sampel / data dari penyelidik

• Anotasi & Pemprosesan sampel

• Penyimpanan sampel dan data dengan selamat

• Perkhidmatan perundingan dan perancangan penyelidikan