Pengenalan kepada Unit Alergi

. Terakhir dikemaskini: 18 Mac 2014Jumlah paparan: 10309

AIRC telah menubuhkan klinik alergi yang pertama di Kementerian Kesihatan. Ia terletak di klinik Otorinolaringologi (ORL), Hospital Kuala Lumpur dan ia merupakan kerjasama antara IMR dan HKL.

Klinik alergi menawarkan penjagaan alahan untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan alergi seperti atopi, asma, rinitis, resdung, ruam, kegatalan, atau reaksi kepada makanan atau ubat-ubatan. Kami menerima kebanyakan pesakit dari Lembah Klang tetapi juga dari bahagian-bahagian lain di Semenanjung Malaysia.

Kami juga menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran alergen tempatan yang baru dan kami telah menghasilkan lebih daripada 50 alergen tempatan yang telah digunakan dalam ujian cucuk kulit (SPT) untuk membantu dalam diagnosis dan pengurusan pesakit alergi. Alergen tempatan juga dibekalkan kepada hospital-hospital kerajaan yang lain yang melakukan SPT atas permintaan.

Senarai ujian diagnostik khusus dalam Unit Alahan ini:

  • Ujian cucuk kulit (SPT)
  • Ujian IgE total
  • Ujian IgE spesifik(sebelum ini dilakukan dengan ujian RAST)
  • Ujian sel mast tryptase
  • Ujian pengaktifan basophil (untuk alahan ubat-ubatan)
  • Ujian protin eosinofil kationik (akan datang)