Pengenalan Kepada Unit Autoimun

. Terakhir dikemaskini: 13 Ogos 2014Jumlah paparan: 7262

Pengenalan

Unit Autoimun ditubuhkan pada 16 Ogos 2010, merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan diagnostik penyakit autoimun di Malaysia. Staf di Unit Autoimun terdiri daripada pakar patologi, pegawai perubatan, pegawai penyelidik dan juruteknologi makmal perubatan.

Unit Autoimun menyediakan perkhidmatan ujian makmal bagi menyaring, mendiagnos dan memantau penyakit autoimun. Perkhidmatan ujian di Unit Autoimun terbuka kepada hospital kerajaan, hospital swasta dan makmal swasta.

Unit Autoimun mengendalikan Program Kawalan Kualiti Kebangsaan bagi ujian Anti-nuclear Antibody (ANA) untuk hampir 30 hospital kerajaan di Malaysia. Program ini meliputi pengagihan sampel kawalan kualiti (QC), analisis dan laporan. Laporan yang dihasilkan akan digunakan sebagai pemantauan berterusan dan peluang pembelajaran di makmal hospital.

Staf di Unit Autoimun terlibat secara aktif di dalam pengajaran kepada penuntut perubatan dan sains kesihatan dari universiti tempatan atau luar negara.

 

 

Penyelidikan

Penyelidik di Unit Autoimun mempunyai minat yang mendalam untuk mengkaji penyakit autoimun seperti “paraneoplastic neurological syndrome, antiphospholipid syndrome, multiple sclerosis and coeliac disease”. Penyelidikan yang dijalankan adalah meliputi kajian terhadap “biomarkers” dan/atau genetik berkaitan penyakit autoimun di Malaysia; di mana ianya dapat digunakan untuk mendiagnos dan memantau rawatan penyakit berkenaan.