Objektif Unit Mikroskopi Elektron

. Terakhir dikemaskini: 06 Mac 2014Jumlah paparan: 5187

VISI

Untuk dikenali oleh komuniti saintifik sebagai unit mikroskopi elktron yang terunggul di dalam penyelidikan bioperubatan.

MISI

Mempromosi dan menjalankan perkhidmatan mikroskopi elektron yang berkualiti ke arah penyelidikan yang bermutu.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang mikroskopi elektron.
  • Menawarkan perkhidmatan sokongan teknikal dalam bidang mikroskopi elektron bagi menyokong aktiviti penyelidikan di IMR
  • Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pegawai dan kakitangan teknikal dalam mengendalikan peralatan berkeupayaan tinggi sebagai sumber sokongan dalam penyelidikan mereka.
  • Membantu meningkatkan dan memperkukuhkan keupayaan aktiviti penyelidikan melalui perkhidmatan mikroskopi elektron dengan institusi lain yang menjalankan penyelidikan bersama dengan IMR.

PENCAPAIAN

Unit EM telah memainkan peranan penting dalam diagnosis beberapa wabak yang melanda negara dan rantau ini. Dari Mac hingga Jun 2003, unit ini telah membekalkan perkhidmatan sokongan kepada Unit Virologi IMR dalam pendiagnosan virus SARS di Malaysia. Pada April 2004, Unit EM juga telah terlibat dalam pendiagnosan wabak di Cameron Highland. Ini juga merupakan usahasama dengan Unit Virologi IMR.

Selain daripada itu, unit ini juga terlibat secara aktif dalam aktiviti penyelidikan pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran dari UKM, UM dan universiti awam tempatan yang lain serta institusi pengajian tinggi swasta.

Unit EM juga menyediakan perkhidmatan diagnostik kepada hospital utama di negara ini contohnya Hospital Kuala Lumpur (HKL).