Objektif Unit Epidemiologi & Biostatistik

. Terakhir dikemaskini: 12 Julai 2016Jumlah paparan: 6334

  1. Menjalankan penyelidikan epidemiologi tentang penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit
  2. Menjalankan projek kerjasama dalam kajian bioperubatan bersama pusat-pusat penyelidikan lain di IMR, institusi-institusi penyelidikan lain di NIH, jabatan-jabatan lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia serta kementerian-kementerian lain
  3. Menjalankan latihan dalam epidemiologi dan analisis statistik dalam penyelidikan perubatan untuk kakitangan IMR dan institusi lain di bawah Kementerian Kesihatan
  4. Memberi khidmat nasihat profesional dalam epidemiologi dan biostatistik kepada penyelidik di IMR dan institusi-institusi lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
  5. Memberi sokongan dalam penyiasatan wabak penyakit sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan