[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 26 Apr 2024, 10:48 PM (Terakhir dikemaskini pada: 22nd Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Entomologi

. Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2014Jumlah paparan: 20700

Pada hari ini, Unit Entomologi Perubatan mempunyai fokus terhadap pelbagai skop penyelidikan seperti berikut:

{autotoc}

PENYELIDIKAN VEKTOR DENGGI- BIONOMIK, PEMANTAUAN DAN KAWALAN

Projek-projek penyelidikan vektor denggi banyak tertumpu kepada bionomik transgenic Aedes aegypti berbanding dengan spesies atau genera nyamuk liar yang lain, termasuklah permerhatian mengenai kitar hidup, penetasan telur, tempoh perkembangan peringkat jejentik dan dewasa, kitar gonotrofik, pupation, pengawanan dan survivorship. Selain dari itu, keterushidupan nyamuk Aedes transgenik di lapangan juga diuji. Impak terhadap pemangsaan nyamuk Toxorynchites pada nyamuk trangenik juga diselidiki. Tinjauan kehadiran nyamuk Aedes di kawasan kampus universiti di Kuala Lumpur, dan di lain-lain kawasan di Kedah, Terengganu, Perak juga telah dijalankan dimana jenis takungan, jenis virus dan lokasi GPS telah direkodkan.

ento-image002Aedes aegypti

PENYELIDIKAN VEKTOR MALARIA- BIONOMIk, PEMANTAUAN, KAWALAN

Penyelidikan vektor malaria di Pahang diteruskan dengan menyelidiki ciri-ciri habitat jejentik nyamuk Anopheline. Lopak-lopak air berumput didapati menjadi tumpuan tempat pembiakan. Peta GIS untuk Anopheles maculatus di Kuala Lipis juga telah dibangunkan menggunakan maklumat hasil GPS yang dijalankan.

ento-image003Anopheles mosquito

PENYELIDIKAN VEKTOR FILARIASIS-KAWALAN DAN PEMANTAUAN

Pengesanan parasit penyakit untut yang dibawa oleh nyamuk dengan teknik molecular. Unit ini juga melibat dalam program eliminasi untut-untuk (Global Filariasis Elimination Programme)

PENYELIDIKAN VEKTOR JAPANESE ENCEPHALITIS- PEMANTAUAN DAN PEMBANGUNAN CARA KAWALAN

Bionomik nyamuk Culex dan lain-lain nyamuk dipantau di tempat-tempat membiak babi dan juga di mana kes JE dilapurkan. Status vektor beberapa nyamuk dikaji di makmal dengan teknik "artificial feeding" dan terdapat beberapa nyamuk berpotensi sebagai vektor JE.

PENYELIDIKAN TERHADAP LAIN-LAIN SERANGGA PENTING DALAM KESIHATAN- PEMANTAUAN, KERINTANGAN DAN KAWALAN

Kajian vektor untuk chikungunya virus juga telah dijalankan di tiga daerah Terengganu. Nyamuk-nyamuk Aedes di tiga Kampung di daerah-daerah itu didapati negatif dengan virus chikungunya. Selain dari itu, saringan arbovirus pada monyet liar juga telah dilakukan dan setakat ini tiada sebarang arbovirus ditemui. Saringan terhadap Trypanosoma evansi telah dijalankan pada pelbagai jenis lalat menggigit yang ditemui di ladang Universiti Putra Malaysia. Pembangunan terapi berengga terutama bagi merawat luka-luka yang sukar diubati juga diteruskan dan dipertingkatkan. Disamping itu, kajian forensik juga diteruskan dengan pengecaman PMI (postmortem interval) dan pelbagai spesies lalat pada monyet yang mati dipelbagai tempat dan ekologi berbeza termasuklah didalam rumah. Juga pengecaman spesies lalat forensik di bangunan tinggi disamping pengecaman aktiviti antibakteria pada Lucilia cuprina. Kerjasama dengan Jabatan Polis dan hospital, pengecaman lalat-lalat penting dalam mayat manusia juga dijalankan. Pengecaman untuk lalat pasir dan agas pantai yang diterima dari pelbagai jabatan, individu dan syarikat masih diteruskan.

ento-image005Phlebotomus sand fly found in some limestone area of Malaysia

ento-image007A biting midge Leptoconops spinosifrons blood fed and caught at Bagan Lalang beach

ento-image009Bare leg-landing catch at beach of Pulau Besar, Johor

ento-image011Island to island Leptoconops infestation survey at Mersing islands using inflatable boat 

PENYELIDIKAN AGEN KAWALAN BIOLOGI- ISOLASI, BIOESEI DAN UJIAN DI LAPANGAN

Pengasingan, pengecaman dan pencirian feromon nyamuk Aedes masih diteruskan. Beberapa isolat telah dikenalpasti berpontensi untuk dijadikan bahan attractant nyamuk Aedes sedang diuji diperingkat makmal dan semi-lapangan. Perbandingan dua formulasi Bti iaitu VectoBac WG dan VectoBac 12AS telah diuji terhadap Aedes aegypti dan Culex quinquefasciatus secara simulasi. Kerentanan nyamuk-nyamuk itu terhadap Bti WG juga diselidiki. Kerjasama dengan FRIM kita juga menyelidiki aktiviti larvicidal pada tumbuhan Ocimum tenuiflorum, Citrus hystrix dan Citrus aurantifolia terhadap Aedes aegypti dan Culex quinquefasciatus.

ento-image013Mass spec chromatography of some isolated extract of Aedes aegypti in pheromone project

PENYELIDIKAN SECARA KIMIA- UJIAN DI MAKMAL DAN LAPANGAN, UJIAN KEATAS PERALATAN, KAJIAN TERHADAP KERINTANGAN

Antara kajian yang dijalankan ialah status kerintangan nyamuk tiruk di Selangor terhadap racun serangga, keterushidupan nyamuk selepas 24 jam semburan racun serangga dibuat, perbandingan keberkesanan semburan udara racun serangga cyfluthrin dan permethrin, penilaian IMR Autocidal Trap dalam pengwaalan nyamuk Aedes, perbandingan keberkesanan pelbagai jenis kelambu berubat.

ento-image015Field evaluation of cyfluthrin on Aedes mosquito

ENTOMOLOGI MOLEKULAR-PENDEKATAN MOLEKULAR DALAM KAJIAN ENTOMOLOGI

Pengesanan parasit malaria, Brugia malayi dan Wuchereria bancrofti dalam nyamuk dengan menggunakan duplex PCR. Teknik PCR juga digunakan untuk mengesan virus deman denggi dan chikungunya dalan nyamuk. Teknik molecular juga digunakan untuk mengenalpasti spesis lalat-lalat yang mempunyai kepentingan forensik dalam kajian post-mortem interval.

PENGKOMERSILAN HASIL KAJIAN- AGEN KAWALAN NYAMUK, KIT UJIAN KERINTANGAN

Produksi satu isolat bakteria tempatan untuk membasmi nyaumuk, iaitu Bacillus thuringiensis H-14 telah dikomersialkan di bawah jenama "Mosbac".

Satu kit pantas untuk mengesan status kerintangan insektisid, "IMR Comprehensiv Insecticide Resistance Test Kit" telah berjaya dikomersialkan.

Kajian klinikal "Maggot Debridment Therapy" iaitu kegunaan ulat lalat tempatan, Lucilia cuprina untuk rawatan luka yang susah dirawati telah berjaya. Produksi ulat yang steril skala komersial telah dilesenkan kepada satu syarikat tempatan. Kini syarikat ini membekal ulat steril kepada hospital untuk rawatam.

IMR Autocidal Trap telah menarik minat beberapa syarikat dan sedang cuba dikomersilkan.

ento-image017Insecticide Resistance Test Kit

ento-image019Maggot Therapy-before

ento-image021Maggot Therapy-after

ento-image023IMR Autocidal Trap parts

ento-image025IMR Autocidal trap can be hold at tree branches

ento-image027Many Aedes mosquitoes were trapped on the sticky strip of IMR Autocidal Trap at Melaka field trial

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami