[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 27 Apr 2024, 07:36 AM (Terakhir dikemaskini pada: 22nd Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Pemakanan

. Terakhir dikemaskini: 25 Februari 2014Jumlah paparan: 12207

Program Kebangsaan Pembasmian Gangguan Kekurangan Iodin (IDD)

Di dalam program Kebangsaan Pembasmian gangguan Kekurangan Iodin (IDD) Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Pemakanan berperanan sebagai makmal pusat yang menyedia dan membekalkan kit ujian untuk pengesanan Iodin dan pengiraan semi-kuantitatif di dalam air dan garam. Sejumlah kira-kira 4000-5000 kit ujian diagihkan kepada pusat kesihatan di seluruh Negara dalam setahun untuk digunakan dalam pengawasan program IDD. Kekurangan iodin boleh menyebabkan hypothyroidisma dan goiter. Di kalangan kanak-kanak, keadaan ini memberi kesan kerencatan tumbesaran dan mental.

Kaedah mikro iodine dalam urin telah diubahsuai oleh Unit Pemakanan dan sedang digunakan oleh semua makmal analisis Iodin dalam urin di Kementerian Kesihatan Malaysia. IMR berperanan sebagai makmal rujukan memberikan nasihat teknikal dan mengkoordinasi penglibatan semua makmal dalam Program Kawalan Jaminan Mutu Luaran.

urin microKaedah mikro iodin dalam urin

 

Pengemaskinian Pangkalan Data Komposisi Zat Makanan

Satu projek sedang dijalankan oleh Unit Pemakanan untuk mengemaskini Pangkalan Data Komposisi Zat Makanan Malaysia. Dalam projek ini, Unit Pemakanan berkolaborasi dengan Institut Kesihatan Umum (IKU), Jabatan Kimia Malaysia (IKU), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB). Fokus penyelidikan ini ialah dalam menganalisis makanan baru mentah dan diproses yang berada dalam senarai makanan. Sekitar 30 nutrient akan dianalisis dan satu perisian akan direka bagi data nutrien yang akan digunakan oleh pengguna kemudian hari nanti.

pensampelanPersampelan sampel makanan dari pasar raya

LabPemprosesan makanan di dalam makmal

 

Projek Makanan Biogenic Amine

Satu kajian biogenic amine dalam makanan sedang dijalankan oleh unit pemakanan untuk menjawab isu berkaitan dengan keselamatan makanan. Biogenic amine terlibat dalam wabak keracunan makanan yang menunjukkan gejala seperti alergi. Kaedah saringan yang telah ditambah baik untuk saringan kehadiran pengeluar microbal telah dibentuk dan aspek bioperubatan kesan biogenic amine kepada tubuh badan manusia sedang dikaji secara in-vitro menggunakan pelbagai jenis sel.

screeningKaedah saringan untuk amino asid dekarboksilase mikrob 

biogenicKajian kultur sel untuk kesan biogenic amine secara in-vitro

 

Kajian Rumpai Laut

Kajian mengenai rumpai laut tempatan Malaysia sedang dijalankan sebagai salah satu daripada projek Unit Pemakanan untuk pembangunan kepakaran kakitangan dalam program PhD dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Rumpai laut Malaysia yang terpilih akan dianalisis untuk nilai-nilai pemakanan dan kajian selanjutnya akan dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri makanan berfungsi dalam rumpai laut yang terlibat dalam menurunkan aktiviti enzim lipase dan amylase secara in-vitro.

seawdRumpai laut tempatan dari Sabah

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami