Pengenalan kepada Pusat Penyelidikan Kanser

. Terakhir dikemaskini: 24 Mac 2022Jumlah paparan: 8857

Dengan penyusunan semula IMR, Pusat Penyelidikan Kanser (Carc) telah ditubuhkan pada 16 April 2001. CaRC mempunyai empat unit yang terdiri daripada Unit Hematologi, Unit Stomatologi, Unit Patologi Molekul dan Unit Biobank. Selaras dengan Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser (2016-2025) Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Penyelidikan Kanser (CaRC) menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kadar pencegahan, diagnosis awal dan rawatan untuk kanser.

PENCAPAIAN

Intervensi Kanser

  • Sitogenetik molekular terkini untuk diagnosis dan prognosis dalam leukemia

  • Real time PCR untuk  rawatan dan pengesanan sisa penyakit minimum dalam leukemia

Diagnosis Kanser

  • Pengesanan Molekul untuk pelbagai jangkitan Human Papilloma Virus (dapat mengesan HPV 16 dan HPV 18 dengan satu ujian)

Pencegahan Kanser

  • Penggunaan ujian mutasi pra-simptomatik tertentu untuk mengesan familial adenomatous polyposis coli (Ujian sekatan enzim untuk mengesahkan kehadiran urutan mutan)

Biobanking Kanser

  • Biobanking pelbagai tisu daripada kanser yang berkepentingan di negara (payudara, kolorektal, nasofarink, dan lain-lain) untuk penyelidikan di masa depan