[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 19 Apr 2024, 05:03 PM (Terakhir dikemaskini pada: 19th Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan Kepada Pusat AIRC

. Terakhir dikemaskini: 18 Mac 2014Jumlah paparan: 9658

Sejarah Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi (AIRC) bermula pada tahun 1928 apabila IMR menubuhkan satu Bahagian yang menghasilkan vaksin limfa bagi pengimunan terhadap penyakit cacar. Pada tahun 1930, Bahagian ini telah dinamakan sebagai 'Lymph Station'. Selepas itu, Bahagian Serologi telah ditubuhkan pada tahun 1946. Pada tahun 1972, nama bahagian ini ditukarkan menjadi Bahagian Serologi dan Imunologi. Pada tahun 2001, setelah pengstrukturan semula IMR, bahagian ini dinamakan sebagai Pusat PenyelidikanAlergi dan Imunologi (AIRC).

Semenjak penubuhan Pusat ini, beberapa kejayaan dan kemajuan yang unggul telah dicapai. Antaranya seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Menjadi makmal pertama yang menawarkan perkhidmatan penjenisan tisu HLA diperingkat national bagi tujuan transplantasi organ dan tisu seperti buah pinggang, jantung dan sum-sum tulang.
  • Merupakan makmal pertama yang menjalankan ujian penghitungan sel CD4 untuk pesakit-pesakit AIDS di Negara ini. Ujian penghitungan sel CD4 ini buat kali pertama dilakukan dengan menggunakan mikroskop cahaya. Di samping itu, Pusat ini telah menubuhkan makmal flowcytometer yang pertama di Negara ini.
  • Merupakan makmal pertama yang menyediakan perkhidmatan diagnostic untuk penyakit Imunodefisiensi Primer.
  • Menubuhkan klinik Alergi yang pertama dan yang tunggal di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, Pusat AIRC juga terlibat secara aktif dalamkegiatan Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR) seperti penrekrutan penderma-penderma sel stem yang berpotensi serta menjalankan ujian darah penderma-penderma bagi tujuan pemadanan dan seterusnya pemindahan sel-sel stem di antara pesakit dan penderma yang tiada talian persaudaraan.

Pusat ini juga telah memperluaskan skop perkhidmatan diagnostiknya dengan penubuhan empat unit yang dinamakan Unit Alergi, Unit Autoimun, Unit Imunodefisiensi Primer dan Unit Imunogenetik demi memberi tumpuan kepada perkhidmatan diagnostic serta penyelidikan yang lebih berkesan.

Permintaan perkhidmatan ujian diagnostik yang tinggi di Pusat ini telah membolehkan pelbagai penyelidikan dijalankan bagi mengkaji kepelbagaian penyakit dan seterusnya mempertingkatkan serta memperluaskan skop perkhidmatan bagipesakit-pesakit di sector awam dan sector swasta.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami