[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 23 Apr 2024, 03:10 PM (Terakhir dikemaskini pada: 22nd Apr 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Mikroskopi Elektron

. Terakhir dikemaskini: 06 Mac 2014Jumlah paparan: 5293

PERALATAN

1. Tecnai G2 Transmission Electron Microscope

Alat Tecnai adalah alat TEM yang pertama yang mempunyai kawalan digital yang lengkap. Sistem baru ini menggabungkan electron optics yang canggih, electron gun yang lebih maju dan Compustage yang serba baru. Beroperasi dibawah system Windows NT®, sistem ini menggabungkan keteguhan, keselamatan, fleksibiliti dan ringkas, menjadikan alat ini amat boleh diharap seiring dengan permintaan yang tinggi dalam penyelidikan saintifik serta applikasinya di dalam industri.

  • Tungsten or LaB 6 emitter
  • High voltage range 20-120kV or continuously variable
  • Point resolution : 0.34nm
  • Line resolution : 0.2nm
  • Cs objective : 2mm
  • Cc objective : 2mm
  • Focal length : 2.7mm
  • Minimum focus step : 3nm
  • Magnification : 40x – 660kx


2. XL30 ESEM Environmental Scanning Electron Microscope

The XL30 ESEM adalah alat berprestasi tinggi, pelbagai tekanan, dengan resolusi 5nm pada 30kV. Ia boleh digunakan untuk memeriksa spesimen tidak disadur dan tidak konduktif dan dengan Peltier stage, boleh digunakan untuk spesimen basah. Ia boleh mengimejkan spesimen dalam pelbagai keadaan seperti wap air, angin, argon, nitrogen dan helium.

Mikroskop ini menggabungkan vakum tinggi, vakum rendah dan persekitaran bergas untuk menyokong pelbagai kegunaan. Alat ini juga membenarkan pemeriksaan ke atas sampel yang tidak konduktif, tercemar, terhidrat serta sampel nipis tanpa penyedian spesimen yang rumit. Alat ini juga membenarkan pengguna membuat pilihan terhadap voltan, magnifikasi, jenis gas, tekanan gas dan jenis detector.

  • Resolution of 3.5nm in any environmental mode
  • Magnification range of 7x to 100,000 times
  • Accelerating voltage of up to 30kV
  • Tungsten gun electron source with computer-optimized variable bias and filament distance
  • Automated focusing and astigmatism correction
  • Chamber pressure up to 20 torr
  • Secondary electron detector capable of operating under any of the system environments
  • Operator control of primary operating parameter with computer compensation for secondary parameters
  • 4-axis motorized stage
  • Access ports for installing analytical installments and sub stages
  • Pentium PC for microscopic control and visualization
  • The system also includes a Peltier cooling stage for moist samples and a heating stage with a maximum temperature of 1000°C


3. HIROX DIGITAL VIDEO MICROSCOPE

Di gunakan untuk melihat imej terang dan berwarna pada monitor video. Sistem pencahayaan di dalam lensa memberi banyak maklumat kerana pencahayaan dapat diubah mengikut ciri-ciri permukaan sesuatu spesimen.

4. LYNX AUTOMATED TISSUE PROCESSOR

Alat ini digunakan untuk pemprosesan tisu secara automatik. Ia amat mudah, versatil, mengurangkan kerosakan pasa sampel serta menjimatkan kos.

5. BALTEC SPUTTER COATER

Digunakan untuk membuat saduran emas pada sampel yang tidak konduktif. Saduran emas dapat mengurangkan 'charging effects' oleh sinaran ion utama.

6. BALTEC CRITICAL POINT DRYER

Critical Point Dryer dinamakan sedemikian kerana ia adalah sebahagian daripada prosesnya. Ia merupakan kesinambungan yang mana tiada perbezaan yang jelas di antara keadaan cecair dan gas. Ia berlaku pada suhu dan tekanan tertentu. Hasilnya, ia dikenali sebagai titik kritikal. Keadaan ini boleh digunakan untuk mengeringkan spesimen biologi tanpa kesan kerosakan pada ketegangan permukaan.

LATIHAN YANG DITAWARKAN

Unit EM menjalankan kursus-kursus berkaitan mikroskopi elektron, penyediaan sampel dan analisis mikro. Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di 03 – 2616 2754 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Unit EM menawarkan pelbagai khidmat penyedian sampel, penimejan dan peralatan ananlisis yang komprehensif di negara ini. Selain daripada peralatan yang canggih, unit ini juga disokong oleh pelbagai peralatan konventional untuk penimejan elektron.

SENARAI PERKHIDMATAN

  1. Pemprosesan sampel SEM (sampel diproses sehingga tahap pengeringan dan penyaduran)
  2. Pemprosesan sampel TEM (sehingga tahap polimerisasi)
  3. Pemprosesan sampel TEM (negative staining)
  4. Ultramikrotomi (seksyen ultra tipis)
  5. Imej CCD
  6. Cetakan imej digital
  7. Penggunaan peralatan
    1. SEM
    2. TEM
    3. Mikroskop digital Nikon
    4. Video Hirox

BORANG PERMOHONAN PERKHIDMATAN MIKROSKOPI ELEKTRON

Muat turun borang permohonan di sini.

 

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami